Meta tumpu tiga bidang utama

Meta tumpu tiga bidang utama

Meta tumpu tiga bidang utama
Pengarah Negara Meta Malaysia, Nicole Tan

META akan menumpukan pada tiga bidang keutamaan, pertumbuhan video, khususnya Reels, kecerdasan buatan (AI) dan pemesejan perniagaan untuk membantu memacu pertumbuhan perniagaan dan industri di Malaysia tahun ini.

Pengarah Negara Meta Malaysia, Nicole Tan berkata, ketiga-tiga fokus itu penting dalam pertumbuhan komuniti Metanya, yang mencecah tiga bilion orang di seluruh dunia, seterusnya membolehkan lebih 200 juta perniagaan pelbagai skala di seluruh dunia membina perniagaan mereka di Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Meta melancarkan Reels pada 2020 sebagai tindak balas kepada aplikasi video berdurasi pendek TikTok.



“Di Malaysia, terdapat tiga keutamaan perniagaan yang kami lihat agak berkesan untuk pengiklan – Reels, AI dan pemesejan perniagaan.

“(Bercakap tentang kandungan) Reels pastinya berfungsi dengan baik pada peringkat global. Kini terdapat 200 bilion Reels dimainkan setiap hari (merentasi Facebook dan Instagram) dan kami melihat bahawa mereka menunjukkan prestasi yang sangat baik di Malaysia,” katanya ketika membentangkan kemas kini perniagaan Meta untuk Malaysia di sini, baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?



Selain itu, Tan berkata, menurut laporan terkini Meta, menonton video adalah aktiviti dalam talian nombor satu dalam kalangan rakyat Malaysia, dan 27 peratus responden Malaysia meletakkan video sebagai salah satu daripada tiga saluran teratas mereka untuk mendapatkan dan menilai produk.

Beliau menambah bahawa 26 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka sudah membeli lebih banyak produk berkaitan penstriman dan pencipta kandungan berbanding tahun lalu.

Meta tumpu tiga bidang utama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button