Harry Kane bakal buat ‘debut’ bersama Bayern awal pagi ini

Harry Kane bakal buat ‘debut’ bersama Bayern awal pagi ini

Harry Kane bakal buat ‘debut’ bersama Bayern awal pagi ini
Harry Kane terus menjalani latihan bersama Bayern Munich selepas diperkenalkan secara rasmi petang tadi. – Foto ihsan Twitter Harry Kane

MUNICH – Penyerang baharu Bayern Munich, Harry Kane dijangka bakal membuat debut pertama pada aksi Piala Super Jerman menentang Red Bull Leipzig di Stadium Allianz Arena awal pagi nanti.

Sebagai rekod, Bayern telah mengeluarkan dana besar apabila bersetuju dengan perjanjian bernilai £100 juta (RM579 juta) untuk mendapatkan khidmat Kane daripada kelab Tottenham Hotspur dan sudah menandatangani kontrak rasmi petang tadi.

Penyerang antarabangsa England itu telah menyelesaikan ujian perubatan semalam dan sudah menandatangani kontrak empat tahun sehingga penghujung musim 2027.



Kane menerusi hantaran laman sosialnya mengucapkan terima kasih kepada penyokong Spurs yang sentiasa menyokong kariernya selepas mewakili kelab itu sejak usia 10 tahun.

“Saya cukup beremosi kerana akan meninggalkan kelab yang banyak berjasa dengan saya hampir 20 tahun. Terdapat banyak detik indah dan kenangan istimewa yang pasti saya akan kenang selamanya.

“Apa yang pasti, saya sangat gembira dapat menyertai Bayern dan apa yang telah berlaku sejak beberapa hari lepas sesuatu diluar dugaan.

“Saya sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukan baharu dan tidak sabar untuk harungi perlawanan nanti,” kata pemain berusia 30 tahun itu. – AGENSI



Harry Kane bakal buat ‘debut’ bersama Bayern awal pagi ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button