Ekonomi Madani: Ambil manfaat suntikan dana tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi

Ekonomi Madani: Ambil manfaat suntikan dana tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi

Ekonomi Madani: Ambil manfaat suntikan dana tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi
Usahawan PMKS perlu merebut peluang dan mengambil manfaat daripada suntikan peruntukan tambahan RM100 juta dalam geran padanan digitalisasi yang diperkenalkan kerajaan menerusi Ekonomi Madani. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu merebut peluang dan mengambil manfaat daripada suntikan peruntukan tambahan RM100 juta dalam geran padanan digitalisasi yang diperkenalkan kerajaan menerusi Ekonomi Madani, menurut penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah.

Beliau yang juga pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, inisiatif itu satu pendekatan yang baik dalam dalam mempercepatkan lagi ekonomi digital.

Menurut beliau, ia juga langkah yang baik dalam membudayakan sektor e-dagang.



“Mereka (usahawan) kena ambil (geran padanan) namun wajib juga buat pemasaran walaupun dapat geran.

“Kalau tiada pemasaran, kemungkinan perniagaan mereka jadi projek gajah putih walaupun beri geran RM100 juta,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nuradli Ridzwan berkata, inisiatif kerajaan itu membantu dari sudut permintaan PMKS namun lebih baik jika diintegrasikan dalam aspek bekalan.

“Kita nak tahu apa hala tuju PMKS sama ada lebih ke arah e-perniagaan atau sekadar penampilan ekonomi digital.

“Mungkin PMKS tak sampai tahap itu, lebih kepada penampilan di dunia digital kerana akan datang nak mereka (pengusaha) berkembang daripada e-dagang kepada e-perniagaan,” katanya.



Sementara itu, usahawan PMKS, Dya Che Rapi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ruby Rich Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar produk makanan tambahan kesihatan dan kecantikan menyambut baik inisiatif kerajaan dalam menyuntik dana tambahan menerusi pemberian geran padanan digitalisasi.

Menurut Dya, selain meringankan beban, langkah itu menyuntik semangat usahawan PMKS dalam mempromosikan perniagaan di platform digital.

“Bagus juga (suntikan dana tambahan geran padanan digitalisiasi) sebab dapat bantu peniaga kecil yang tiada atau kurang modal untuk promosikan perniagaan di dalam talian.

“Macam saya sendiri memang keluarkan duit sendiri namun tak semua (usahawan) ada modal untuk pemasaran.



“Sebelum ini pun, saya pernah dapat dua kali bantuan kerajaan dan inisiatif kerajaan itu nyata membantu kita sebagai pengusaha bernafas semula selepas pandemik Covid-19,” katanya.

Ekonomi Madani: Ambil manfaat suntikan dana tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading