Tabung derma atas gunung kena pecah

Tabung derma atas gunung kena pecah

Tabung derma atas gunung kena pecah
TABUNG derma untuk memelihara laluan pendakian via ferrata di Switzerland, didapati dipecahkan dan wang derma itu dicuri. FOTO Agensi

Geneva: Ada pencuri di Switzerland dikesan sudah menakluki satu daripada laluan pendakian terlindung yang paling mencabar di negara itu untuk mencuri.

BBC melaporkan, pencuri yang berkenaan mendaki sehingga pada ketinggian 2,350 meter (m) dari aras laut, dan merentasi gaung di atas kabel keluli, untuk mencuri tabung derma.

Tabung derma itu adalah milik kelab pendaki tempatan, yang mengekalkan laluan pendakian terlindung terpanjang di Switzerland di laluan Gemmi di atas kampung Leukerbad.



Apa yang menyebabkan kejutan terbesar ialah untuk menuju ke tabung derma itu ia hanya boleh diakses oleh pendaki berpengalaman.

Laluan dikenali sebagai via ferrata, dikelaskan sebagai tahap 5, yang paling sukar, dan membabitkan pendakian sukar dengan muka batu menegak selain perlu merentasi gaung di atas kabel keluli.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’



“Kelab pendakian menjaga via ferrata tanpa gaji, kami tidak meminta apa-apa, dan kini seseorang mencuri wang yang didermakan untuk mengekalkannya,” kata kelab pendakian itu menulis di laman Facebook (FB).

Tabung derma atas gunung kena pecah
PENCURI tabung derma untuk memelihara laluan pendakian via ferrata di Switzerland, terpaksa merentasi kabel jika mahu mencuri tabung terletak di atas gunung di negara itu. FOTO Agensi

Mereka yang mengesan kes kecurian itu percaya ia sudah dirancang lebih awal dengan secara teliti.

“Tabung derma itu ditemukan dalam keadaan terbuka dan kosong. Pencuri bukan sahaja pendaki yang bagus, dilengkapi dengan semua kit pendakian yang diperlukan, malah mereka membawa peralatan bersama mereka untuk memecahkan tabung derma “dengan kekerasan”, menurut hantaran di FB.



Apa yang mengejutkan lagi, pencuri kemudian meneruskan pendakian dengan wang curi itu ke puncak Dauberhorn, pada ketinggian 2,941 m.

Untuk mengetahui dengan tepat siapa yang melakukan jenayah itu mungkin sukar kerana beberapa hari kebelakangan ini, cuaca adalah sempurna untuk mendaki dan terdapat ramai pendaki gunung menikmati pendakian melalui via ferrata.

Kelab pendakian itu tidak pasti berapa banyak wang yang dicuri; tetapi ahli kelab dan pemandu gunung Richard Werlen memberitahu BBC ia berkemungkinan sekurang-kurangnya 400-500 Swiss franc (kira-kira RM2,098 hingga RM2,623).

Tabung derma atas gunung kena pecah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button