EPL: Padah enggan peduli nasihat Rangnick

EPL: Padah enggan peduli nasihat Rangnick

EPL: Padah enggan peduli nasihat Rangnick
RANGNICK mengesan kepincangan United sebelum ini adalah ekoran kegagalan pemain untuk membuang kepentingan diri sehingga menjejaskan prestasi pasukan. – AFP

MANCHESTER – Bekas pemain pertahanan legenda England, Rio Ferdinand percaya kekalutan yang berlaku di dalam kem Manchester United ketika ini adalah berpunca daripada keengganan mereka menerima nasihat bekas pengurus interim, Ralf Rangnick.

Pakar taktikal dari Jerman itu mengambil alih tugas di Old Trafford untuk tempoh beberapa bulan selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada 2021 dan mengesan beberapa kepincangan di dalam pasukan itu terutama aspek kegagalan pemain untuk bekerjasama.

“Orang akan sentiasa mencari ‘kambing hitam’. Mereka berkata, Marcus Rashford tidak bermain dengan bersungguh-sungguh atau Bruno Fernandes layak untuk menjadi ketua pasukan.



“Tidak ada pihak yang mempedulikan kritikan diberikan oleh Rangnick dan berusaha untuk melihat kebenaran mengenai komen yang diberikan itu. Apa yang sedang berlaku di dalam United ketika ini tidak boleh diselesaikan oleh seorang individu.

“Kami mempunyai Cristiano Ronaldo, apa yang dilakukan dalam perlawanan dan ia tidak dapat diselesaikan. United menyaksikan banyak pengurus berprofil tinggi yang keluar masuk, tetapi masalah masih tidak selesai, begitu juga dengan jumlah wang besar dilaburkan,” katanya.

Sejak musim lalu dan awal musim ini menyaksikan United berdepan terlalu banyak masalah di luar padang sehingga menjejaskan aksi mereka di dalam padang selain prestasi beberapa pemain seperti Harry Maguire, Jadon Sancho dan Casemiro turut menjadi bualan.

Rangnick sebelum ini secara terbuka memberikan nasihat supaya United menjalani perubahan major dan tidak memberikan fokus untuk aspek yang dianggap ‘kosmetik’ serta perubahan kecil dengan mengharapkan impak besar.



“Jika semua bersedia untuk melakukan kerja bersama-sama dan membuang kepentingan diri masing-masing, saya percaya perubahan ini tidak akan mengambil masa dua atau tiga tahun, sebaliknya anda akan melihat hasilnya dalam tempoh semusim,” kata Rangnick ketika itu. – AGENSI

EPL: Padah enggan peduli nasihat Rangnick


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button