Piala AFC: TFC kejutkan juara Australia 1-0

Piala AFC: TFC kejutkan juara Australia 1-0

Piala AFC: TFC kejutkan juara Australia 1-0
TFC memperolehi jaringan kemenangan setelah pemain Central Coast Mariners Nathan Paull (dua dari kanan) tertampan masuk bola ke gawang sendiri pada aksi pertama Piala AFC Cup di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mencipta kejutan menewaskan juara Australia, Central Coast Mariners 1-0 pada aksi sulung Kumpulan G Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Awal permainan bagaimanapun memihak pelawat menerusi tolakan Angel Quinones minit ke-16 yang mengenai kaki penjaga gol TFC, Mohd. Suhaimi Husin sebelum tindakan susulan Alou Kuol tinggi melepasi sasaran.

Gol dicari-cari TFC akhirnya terhasil dalam masa tambahan babak pertama selepas bek tengah The Mariners, Nathan Paull tertampan masuk bola hantaran Nurillo Tukhtasinov ke dalam gawang sendiri.



Benteng pertahanan Sang Penyu terus cemerlang mempertahankan kelebihan satu gol sehingga tamat perwalanan dengan wakil Australia itu terus buntu sehingga kedudukan 1-0 kekal memihak tuan rumah. – KOSMO! ONLINE

Piala AFC: TFC kejutkan juara Australia 1-0

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button