Dendam dipercayai motif pembunuhan kejam

Dendam dipercayai motif pembunuhan kejam

Dendam dipercayai motif pembunuhan kejam
PASUKAN polis menjalankan siasatan di tempat penemuan mayat lelaki di kebun kelapa sawit, di Kemuning. FOTO pembaca

MELAKA: Dendam dipercayai menjadi motif seorang pemuda dibunuh kejam, sebelum mayatnya ditemui dengan 18 kesan tikaman dalam semak berhampiran kebun kelapa sawit di Kemuning, Alor Gajah, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata susulan daripada penemuan mayat mangsa iaitu R Darvnrajh, 24, satu operasi khas ‘Op Kejam’ dijalankan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

Beliau berkata, susulan itu enam lelaki berusia antara 18 hingga 26 tahun yang juga rakan mangsa ditahan di Tampin, Negeri Sembilan minggu lalu.



“Siasatan dijalankan mendapati punca mangsa dibunuh kerana rasa tidak puas hati membabitkan dendam lama, iaitu kejadian ketika sambutan Deepavali tahun lepas.

“Dikatakan suspek yang ada membawa mercun dengan menggunakan motosikal ke taman perumahan berhampiran kediaman mangsa. Keluarga mangsa ada menegur dan membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid




Zainol berkata, daripada siasatan polis, kira-kira jam 10.30 malam pada 9 September, semua suspek menaiki sebuah kereta untuk minum arak di Taman Indah dan mabuk.

Katanya, dalam perjalanan balik kira-kira jam 5.30 pagi, suspek terserempak dengan mangsa di Taman Mutiara dan menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dipukul.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Kemuning, sebelum suspek menikam dan menetaknya menggunakan parang panjang.

“Semua suspek kini direman sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dendam dipercayai motif pembunuhan kejam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button