Nur Nilam tak berani keluar rumah tanpa ditemani bodyguard

Terima ugutan bunuh gara-gara ‘live’ bersama Ira Kazar

Nur Nilam tak berani keluar rumah tanpa ditemani bodyguard

Nur Nilam tak berani keluar rumah tanpa ditemani bodyguard
Nilam ambil langkah berjaga-jaga dengan membuat laporan polis.

ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng mendedahkan dia menerima ugutan bunuh daripada netizen selepas video siaran langsung bersama Ira Kazar tular di media sosial.

Bimbang dengan ugutan diterima itu, Nilam atau nama sebenarnya Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suami sepakat membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.

Kata Nilam lagi, dia tidak menyangka ramai yang kurang senang melihat kehadiran isteri pengarah Syamsul Yusof itu dalam siaran langsung berkenaan sehinggakan namanya turut terpalit.



“Teruk sangat, saya kena ugut bunuh! Saya diugut sebab mereka cakap saya berpihak kepada penyondol. Ada yang kata nak langgar saya dengan lori… bunuh saya dan ada juga yang nak simbah asid pada saya.

 

Nur Nilam tak berani keluar rumah tanpa ditemani bodyguard
Ira teruk dikecam semasa siaran langsung.

“Hakikatnya di dalam siaran langsung itu saya tidak berpihak kepada dia pun. Saya cuma menyantuni Ira sebagai tetamu saya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?




“Kalau tengok dalam siaran langsung itu… saya ada saja kenakan dia tapi secara bertapis,” katanya ketika dihubungi mStar.

Memandang serius ugutan diterima, Nilam berkata dia tidak berani keluar rumah bersendirian melainkan ditemani suami dan juga pengawal peribadi.

Gara-gara insiden tersebut, Nilam memberitahu Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin ada menghubunginya membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya berhubung perkara itu.



Bagaimanapun dia tidak menyalahkan Ira 100 peratus memandangkan siaran langsung itu dilakukan menggunakan akaunnya sendiri.

“Dia ada minta maaf sebab dia kena tempias sama tapi dia tak cakap terus kepada saya sebab saya dengan dia tidaklah rapat mana… dia minta maaf melalui suami saya.

“Saya pun tak apalah… benda dah jadi kita nikmati sahaja.

“Saya pun ada pesan dekat Abang Lan untuk Ira agar tidak buat sebarang kenyataan kerana orang tidak suka dengan dia,” kongsinya lagi.



Saya memang nak ambil tindakan undang-undang… saya sudah beritahu peguam saya. NUR NILAM ORTIZ PELAKON

Dalam pada itu, Nilam juga memberitahu pihaknya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menjadi punca namanya tercemar.

Tambahnya ada beberapa pihak sudah mula membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya sebaik saya dia membuat laporan polis.

“Saya memang nak ambil tindakan undang-undang… saya sudah beritahu peguam saya untuk ambil tindakan kepada mereka yang ambil video sekerat-sekerat di siaran langsung saya.

“Sebab benda ini jadi fitnah, ia melibatkan nama baik dan keselamatan saya. Jadi saya tak boleh nak diamkan,” ujarnya.



Nur Nilam tak berani keluar rumah tanpa ditemani bodyguard
Nilam dan suami sepakat ambil tindakan.

Sebelum ini, nama Ira menerusi video siaran langsung yang dibuat Nilam di TikTok menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut wanita berkenaan.

Susulan perkara itu, netizen meninggalkan pelbagai komen negatif sehingga Nilam turut terkejut dengan reaksi penonton siaran langsung tersebut.

Nur Nilam turut meluahkan rasa pelik bagaimana selama ini Ira mampu berdepan dengan pelbagai kritikan pedas terhadapnya.

Nur Nilam tak berani keluar rumah tanpa ditemani bodyguard

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button