Sekiranya PN Yang Berkuasa, Mampukah Mereka Tangani Masalah Beras?
Sekiranya PN Yang Berkuasa, Mampukah Mereka Tangani Masalah Beras?
Masalah beras tempatan bersubsidi dilapurkan masih lagi sukar untuk diperolehi.
Kerajaan Perpaduan sedar, isu bekalan beras tempatan bersubsidi mesti ditangani segera.
Beras adalah makanan ruji bagi majoriti rakyat Malaysia dan apabila ianya bermasalah, pasti akan menjejaskan kehidupan rakyat.
Perikatan Nasional melihat isu beras ini sebagai isu terbaik untuk mereka membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Tetapi realitinya, mereka sendiri sebenarnya tidak mempunyai idea dan cadangan, apa lagi usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Yang mereka tahu hanyalah memutarbelitkan isu tersebut supaya rakyat beranggapan kerajaan gagal menangani masalah tersebut.
Sebenarnya terdapat 2 faktor yang menyumbang kepada masalah bekalan beras.
Faktor yang pertama adalah faktor bekalan beras dari luar negara.
18 negara yang selalu membekalkan beras telah hentikan atau kurangkan eksport beras mereka, jadi ada isu permintaan dan penawaran.
Pengeluaran dalaman beras negara tidak mampu untuk menampung penggunaan harian beras negara.
Penggantungan beras impot dari luar negara adalah sekitar 40% dari keperluan sebenar.
Apabila negara pengimpot menghentikan ekspot atau menaikkan harga beras ekspot, maka tidak dapat tidak, ianya memberikan kesan kepada harga beras negara.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan terpaksa memberikan subsidi kepada beras impot supaya ianya kekal rendah.
Faktor kedua yang memburukkan keadaan adalah sikap tamak peniaga yang cuba menangguk di air yang keruh.
Ada peniaga yang menyorokkan beras bersubsidi supaya permintaan terhadap beras akan memberikan tekanan kepada kenaikan harga.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh, turut mendedahkan pengkhianatan kartel beras untuk mengaut keuntungan berlipat ganda.
Perdana Menteri memberikan amaran keras kepada peniaga yang cuba menangguk di air yang keruh dalam masalah beras ini.
Kerajaan akan bertindak tegas dan tidak akan berkompromi kepada peniaga yang cuba mengaut keuntungan ketika rakyat sedang susah.
Cuma penulis terfikir, sekiranya Perikatan Nasional yang berkuasa sekarang, apakah mereka mampu melakukan apa yang telah Kerajaan Perpaduan lakukan?
Sekiranya PN Yang Berkuasa, Mampukah Mereka Tangani Masalah Beras?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?
- Layakkah Mas Ermieyati Terus Menjadi Pengerusi PAC
- Peluang Perbicaraan Semula Kes SRC DS Najib