Vaksin berkesan, kes polio di Pakistan menurun ketara

Vaksin berkesan, kes polio di Pakistan menurun ketara

Vaksin berkesan, kes polio di Pakistan menurun ketara
Kakitangan kesihatan memberikan vaksin kepada kanak-kanak di Karachi. – FOTO AFP

Islamabad: Perdana Menteri sementara Pakistan Anwaar-ul-Haq Kakar berkata Pakistan telah menyaksikan penurunan ketara dalam jumlah kes polio di tengah-tengah kerajaan melaksanakan pelbagai usaha pencegahan, termasuk kempen vaksinasi, lapor Xinhua.

Setakat tahun 2023 hanya dua kes polio dilaporkan, berbanding 20 kes pada 2022.

Pakistan sedang berusaha meneruskan kempen antipolio di peringkat kebangsaan, selain memastikan liputan vaksinasi yang tinggi, kata Kakar semasa mempengerusikan mesyuarat pasukan petugas pembasmian polio pada Isnin.



Beliau berkata Pakistan turut komited untuk meneruskan usaha sehingga polio dapat dibasmi sepenuhnya dan kempen antipolio khas akan dirangka untuk dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi.

Setiap lapisan masyarakat memainkan peranan dalam pembasmian polio, termasuk ibu bapa, guru, dan cendekiawan bagi memastikan masa depan yang selamat dan sejahtera untuk anak-anak Pakistan, katanya.

Pada Isnin, Pakistan melancarkan kempen membasmi polio di seluruh negara bertujuan untuk memastikan lebih 43 juta kanak-kanak di negara ini divaksinasi.

Vaksin berkesan, kes polio di Pakistan menurun ketara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?




DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading