3 maut ditembak, remaja 14 tahun ditahan

3 maut ditembak, remaja 14 tahun ditahan

3 maut ditembak, remaja 14 tahun ditahan
AMBULANS di luar Siam Paragon Mall di Bangkok susulan insiden tembakan yang mengorbankan tiga orang hari ini. FOTO AFP.

Bangkok: Sekurang-kurangnya tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok hari ini.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.



Kejadian berlaku kira-kira 4.20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri.

Bangkok Post melaporkan, unit tindakan khas polis berjaya mengesan suspek.

Polis berjaya mengepung suspek di kawasan dekat dengan Hotel Siam Kempinski kira-kira pukul 5.10 petang, sebelum suspek menyerah diri.

3 maut ditembak, remaja 14 tahun ditahan

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button