Ekin Mawi Tak Puas Hati Lihat Harga Cekik Darah Restoran Seafood Di Johor Cecah RM1.2k
Ekin Mawi Tak Puas Hati Lihat Harga Cekik Darah Restoran Seafood Di Johor Cecah RM1.2k
Macam dah lama jer kita tak dengar orang merungut pasal harga kedai makan yang tak masuk akal ni, macam apa yang terjadi dekat Langkawi sebelum ni. Apapun, kali ini luahan rasa tak puas hati ni datang daripada pelakon, Ekin Mawi isteri kepada penyanyi Mawi.
Ekin berkongsi perkara itu di Instagram miliknya yang ketika itu bersama ahli keluarga singgah makan di sebuah restoran. Mereka kemudian hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut yang lain.
Bagaimanapun, mereka terkejut melihat resit harga RM1,260 yang dirasakan tidak patut serta melampau.
Siapa orang Johor Bahru kat sini, nak tanya sikit la memang harga dia camni ke? Korang pernah kena tak? Ni gerai no **, paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor.
Saya tiada niat nak post video kedai makan ni untuk menjatuhkan perniagaan orang. Cuma nak minta pendapat korang pernah ke makan dekat sini dengan harga sebegitu
Padahal laki dia orang kulai je kot. Tak kan la tak tahu orang jb tak makan kat situ 😂 memang mahal pun https://t.co/9gInFRbKZw
— kimie (@kimie_dzaid) October 4, 2023
Tapi rata-rata semua yang komen dah terkena. Jadi apa perlu kita buat untuk memperbetulkan keadaan. Supaya peniaga-peniaga ni semua jujur dan tulus agar orang lain tak terkena benda sama.
Katanya lagi, tidak semua kedai makanan di kawasan itu cekik darah tapi sebaliknya ia adalah kejadian pertama kali kerana tidak mempunyai pilihan pada ketika itu.
Kredit: Instagram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang
- Sekiranya PN Yang Berkuasa, Mampukah Mereka Tangani Masalah Beras?
- Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?