Pelancaran Aplikasi MYJalan KKR Disambut Baik, Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak

Sejak pelancaran aplikasi MYJalan pada bulan Ogos lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima lebih 10 kali ganda aduan kerosakan jalan raya.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ini perkembangan baik dan menjadi bukti keprihatinan rakyat serta usaha proaktif Kerajaan dalam memastikan infrastruktur jalan dalam keadaan baik dan selamat.

Beliau turut Berkata, pengalaman Malaysia berhubung keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya itu itu turut dikongsi pada Kongres Jalan Sedunia ke-27, anjuran Persatuan Tetap Kongres Jalan Antarabangsa (PIARC) berlangsung di Prague, Republik Czech sejak semalam hingga 6 Oktober depan.

Dalam ucapan pembukaan disampaikan Presiden PIARC Nazir Alli di kongres ini, beliau menegaskan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan ini tentunya selari semangat yang diangkat dalam kempen MYJalan.

Kempen ini bertujuan meningkatkan akauntabiliti dan menggalakkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, pemain industri dan agensi kerajaan bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Pelancaran Aplikasi MYJalan KKR Disambut Baik, Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak

Malah, kempen ini juga selaras strategi Wawasan Sifar (Vision Zero) yang diperkenalkan Sweden dan diimplementasikan banyak negara termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) sejak 2019.

Ia untuk memastikan generasi akan datang mempunyai pemikiran ‘kemalangan boleh dicegah dan setiap kematian dalam kemalangan tidak boleh diterima’.

Jadi, korang dah muat turun aplikasi MYJalan belum? Jangan lupa muat turun tau, senang nak buat aduan nanti!

Kredit: Bernama

Pelancaran Aplikasi MYJalan KKR Disambut Baik, Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button