Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah

Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah

Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah

Agama Islam bermaksud sistem kehidupan yang sejahtera.

Sesuai dengan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT.

Islam merupakan agama yang bersifat teori dan praktikal serta rohani dan jasmani.



Ia meliputi aspek mental, fizikal dan spiritual.

Aspek fizikal iaitu badan, jasmani atau pengamalan berkaitan dengan perlaksanaan Rukun Islam yang lima.

Aspek mental berkaitan akal, pemikiran atau kepercayaan pula melibatkan Rukun Iman yang enam.

Sementara aspek spiritual pula adalah hati, jiwa atau kerohanian dengan perasaan ihsan.



Iaitu rasa bertuhan sama ada dapat dirasakan ‘mushahadah’ iaitu perasaan berhadapan dengan Allah SWT atau ‘muraqabah’ iaitu perasaan berada di dalam pengawasan Allah SWT.

Tiga perkara itu iaitu Islam, iman dan ihsan merupakan asas, tiang atau kerangka kepada agama Islam.

Islam memberi panduan kehidupan bermula daripada bangun tidur sehingga kita kembali menutup mata.

Ia adalah sistem yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan manusia.



Kebersihan Di Dalam Islam

Kebersihan adalah antara aspek yang sangat ditekankan di dalam Islam.

Dan kebersihan yang ditekankan di dalam ajaran Islam bukan sekadar kebersihan jasmani, ianya juga merangkumi kebersihan rohani.

Firman Allah SWT:

اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ



Mafhumnya:

“Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri”.

Al-Baqarah: 222

Rasulullah SAW pula pernah bersabda:



عَنْ سَعْدِبْنِ اَبِى وَقَّاصٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِنَّ اللهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ نَظِيْفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ كَرِيْمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ جَوَادٌيُحِبُّ الْجَوَادَفَنَظِّفُوْااَفْنَيْتَكُمْ

Mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, mulia dan menyukai kemuliaan, bagus dan menyukai kebagusan”.

“Oleh sebab itu, bersihkanlah lingkunganmu”.



Hadis riwayat: At Tirmidzi

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kebersihan di dalam Islam merangkumi kebersihan jasmani dan rohani.

Kebersihan Rohani Dan Jasmani Adalah Tuntutan Islam

Pendedahan yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai kekotoran tandas di Masjid Rusila yang menjadi markas utama PAS, sangat mengejutkan.

Facebooker Nur Hadi Mohamad yang mendakwa pernah mempunyai pengalaman peribadi mengenai isu tersebut telah mendedahkan pengalaman beliau.

Sekiranya apa yang didakwa itu adalah benar, ianya amat memalukan.

Bagaimana sebuah masjid yang sudah puluhan tahun menjadi markas tarbiyah presiden PAS boleh mempunyai tandas yang sebegitu kotor?

Dalam sudut kebersihan rohani pula, seringkali kita mendengar dari mulut pemimpin PAS agar ahli akar umbi sentiasa ‘husnuzon’ dengan kepimpinan untuk mengekalkan kewalakan mereka.

Tetapi malangnya pemimpin yang sama juga mengamalkan budaya takfiri dan memfitnah musuh politik mereka.

Apakah sikap ‘husnuzon’ hanya untuk diamalkan oleh ahli biasa, tetapi pemimpin bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahukan?

Inikah ‘kebersihan’ yang diamalkan dan ditarbiyahkan oleh pemimpin PAS kepada penyokong mereka?

Peringatan Allah SWT kepada kita semua:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا ادْخُلُوْا فِى السِّلْمِ كَاۤفَّةً ۖوَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ اِنَّهٗ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ

Mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman”.

“Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan”.

“Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu”.

Al Baqarah: 208

Ingat, Islam bukan sekadar pakaian dan ceramah, tetapi Islam adalah satu cara kehidupan yang menyeluruh.

 

Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button