Jangan panggil Siri lagi
Jangan panggil Siri lagi
London: Selama 26 tahun menggunakan nama diberi keluarga, wanita di United Kingdom ini terpaksa menukar nama itu kerana terganggu dengan kemas kini terbaharu sistem operasi Apple iOS.
Sistem itu yang menggunakan pembantu digital dikenali Siri sejak 2010 dan diperbaharui selaras perkembangan teknologi, kurang disenangi wanita ini yang namanya didaftarkan sebagai Siri Price.
Dia yang menetap di Edinburgh memberitahu The Sun, terpaksa berbuat demikian bagi mengelak iPhone daripada ‘ping’ setiap kali orang memanggil namanya.
Sebelum ini, pengguna produk Apple terutama iPhone perlu menyebut ‘Hey Siri’ untuk mengaktifkan bantuan digital.
Bagaimanapun, tetapan terkini yang menetapkan panggilan ‘Siri’ sahaja untuk pengaktifan itu lebih merumitkan kehidupan wanita ini yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan.
“Sebelum ini hanya apabila rakan memanggil saya ‘Hey Siri’ barulah iPhone ping. Ia menjengkelkan tetapi boleh dikawal.
“Sekarang orang tidak boleh pun menyebut nama saya (Siri). Saya betul-betul marah,” katanya yang dipanggil Siz oleh rakannya.
Menurutnya, nama Siri bermaksud ‘wanita cantik yang akan mendorong kemenangan’ dalam bahasa klasik lama utara Jerman, Old Norse.
Bagaimanapun, Apple memberi akronim Siri daripada Tafsiran Pertuturan dan Pengecaman Muka.
“Saya pasti Apple boleh memilih suatu frasa nama lain, saya percaya ramai orang dipanggil Siri dan kehidupan mereka tunggang langgang kerana perkara ini,” katanya.
Jangan panggil Siri lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :