Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
Bukan kali pertama Menteri Pelancongan, Tiong King Sing, melakukan tindakan kontroversi yang memualkan rakyat.
Kali pertama apabila kecoh beliau menceroboh pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa.
Menggunakan kuasa beliau sebagai menteri, Tiong memarahi pegawai JIM yang bertugas kerana tidak membenarkan ‘seseorang’ dari memasuki pintu masuk negara.
Dakwaan Tiong, individu tersebut bukanlah ‘orang biasa-biasa’ dalam salah sebuah negara kuasa besar dunia.
Mungkin juga, individu tersebut juga bukanlah ‘orang biasa-biasa’ kepada Tiong King Sing.
Kalau tidak, mana mungkin seorang menteri bergegas ke pejabat JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa untuk memberi pelepasan masuk kepada ‘orang yang bukan biasa-biasa’.
Malah, Tiong King Sing juga mendakwa berlaku amalan rasuah di pintu masuk negara oleh pegawai JIM.
Bagi penulis, kalau pun individu tersebut ‘orang yang bukan biasa-biasa’, rasanya tidak perlu seorang menteri ‘mencemar duli’ untuk menyelesaikannya.
Cukup sekadar menghantar pegawai beliau atau setiausaha politik beliau dan disusuli dengan panggilan talipon dari beliau.
‘Orang yang bukan biasa-biasa’ itu bukan diplomat asing atau menteri dari mana-mana negara luar, cuma wartawan.
@acik.mantera
Terkini, sekali lagi Tiong mencetuskan kontroversi yang boleh menjejaskan kredibiliti Kerajaan Perpaduan.
Di saat seluruh negara sedang menghadapi krisis bekalan beras, Tiong dilihat sedang berpesta muda mudi bersama rakan-rakan beliau.
Dari klip video di atas, jelas menunjukkan Tiong sedang dikawal oleh ‘minda bawah sedar’.
Terhoyong hayang dan terkinja-kinja macam kera kena belacan dan saling tidak tumpah macam Yahudi mabuk.
Penulis faham, masalah bekalan beras bukan di bawah potfolio Kementerian Pelancongan.
Tetapi di mana sensitiviti Tiong sebagai seorang dari ahli jemaah kabinet ketika seluruh negara sedang menghadapi krisis bekalan beras.
Rakyat beratur panjang dan berebut-rebut mahu mendapatkan bekalan beras, tetapi Tiong seronok ‘yam seng’ dengan rakan-rakan beliau.
Tapi penulis bersangka baik, mungkin yang berpesta bersama beliau itu adalah pembekal dan pemborong beras.
Dan Tiong sedang memjuk mereka untuk keluarkan semua beras yang mereka sorok selama ini.
Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?
- Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?
- Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil