Bank Islam terbit sukuk RM400 juta
Bank Islam terbit sukuk RM400 juta
Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berjaya menerbitkan tranche kelima Sukuk Murabahah Subordinat (Sukuk Murabahah) bernilai RM400 juta.
Bank Islam dalam kenyataan berkata, ia adalah sebahagian daripada Program Sukuk Murabahah berjumlah RM10.0 bilion bank ini.
Katanya, Sukuk Murabahah itu layak sebagai modal kawal selia Aras 2 Bank Islam, mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal (Komponen Modal) bagi Institusi Perbankan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
“Ia akan meningkatkan kecukupan modal bank ini supaya selaras dengan keperluan Basel III.
“Sukuk Murabahah terbabit yang boleh ditebus pada nilai nominal penuh selepas tempoh matang, didatangkan dengan opsyen beli pada ulang tahun kelimanya dan menerima penarafan A1/Stabil oleh RAM Rating Services Berhad,” katanya.
Bank Islam adalah Penasihat Utama, Pengatur Utama, Ketua Pengurus dan Penasihat Syariah bagi Program Sukuk Murabahah berkenaan.
Bank Islam terbit sukuk RM400 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polis Tahan Pengasas MYAirlines Tapi Kenapa Muhyiddin Yang Demam?
- Sama Ada PN Menang Atau Kalah Di PRK Kemaman, PAS Sudah Pun Kalah
- Ketepikan Ego, Kerajaan Mesti Kembali Kepada GST Untuk Selamatkan Negara
- Kluster Mahkamah, Faizal Azumu Presiden BERSATU baru?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?