SIC tidak guna khidmat ‘pawang hujan’ pada GP Malaysia

SIC tidak guna khidmat ‘pawang hujan’ pada GP Malaysia

SIC tidak guna khidmat ‘pawang hujan’ pada GP Malaysia
SEORANG wanita didakwa sebagai pawang hujan menjalankan ritual tolak hujan pada GP Indonesia di Litar Mandalikan tahun lepas. – AFP

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) tidak akan menggunakan khidmat ‘konsultan cuaca’ atau bahasa mudahnya adalah pawang hujan menjelang Grand Prix (GP) Malaysia yang bakal berlangsung pada November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya tidak akan menggunakan pawang hujan atau ‘mengimport’ dari mana-mana negara, sebaliknya hanya berdoa agar perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung dengan jayanya.

“Berkenaan cuaca, kita hanya berdoa agar perjalanan GP Malaysia berjalan dengan baik. Kita hanya merancang yang terbaik menjelang GP Malaysia nanti.



“Tidak ada sebarang perancangan untuk bawa pawang hujan ini dan kita hanya berdoa agar dipermudahkan perjalanan GP Malaysia tahun ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Pada tahun lalu, Grand Prix (GP) Indonesia mencuri tumpuan apabila khidmat pawang hujan dilihat berlegar di Litar Mandalika, Lombok untuk melakukan ritual bagi menghentikan atau mengalihkan hujan.

Pawang hujan yang dikenali sebagai Rara Isti Wulan melakukan ritual apabila perlumbaan MotoGP yang sepatutnya bermula pukul 3 petang terpaksa ditangguhkan selepas hujan lebat membasahi keseluruhan litar.

Difahamkan, wanita itu juga pernah menjadi pawang hujan ketika acara pembukaan Sukan Asia 2018 di Jakarta. -KOSMO! ONLINE



SIC tidak guna khidmat ‘pawang hujan’ pada GP Malaysia

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker