Bundesliga: Mainz gantung El Ghazi kerana sokong Palestin

Bundesliga: Mainz gantung El Ghazi kerana sokong Palestin

Bundesliga: Mainz gantung El Ghazi kerana sokong Palestin
El Ghazi baru berhijrah ke Mainz pada jendela perpindahan lepas dengan kontrak selama dua tahun sehingga musim 2025. – Foto AFP

MUNICH – Pemain kelahiran Belanda, Anwar El Ghazi telah digantung daripada sertai sesi latihan serta perlawanan pasukan Mainz susulan mengeluarkan komen menyokong Palestin dalam konflik peperangan dengan Israel baru-baru ini.

Menurut kenyataan kelab Bundesliga itu hari ini, perbincangan telah dibuat dengan pihak El Ghazi dan menghormati pandangannya tetapi tidak wajar ia dimuat naik dalam media sosial peribadi.

“Sebelum membuat keputusan (penggantungan), kami telah berbincang dengan El Ghazi. Banyak perspektif serta pandangan boleh diberikan dalam konflik peperangan di Asia Barat.



“Namun, pihak kami berpendapat tidak wajar sokongan diberikan secara terbuka dan ia tidak sejajar dengan nilai yang kami terapkan dalam kelab ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Sebagai rekod, El Ghazi baru berhijrah ke Mainz pada jendela perpindahan lepas dengan kontrak selama dua tahun sehingga musim 2025.

Sementara itu, satu kelab Bundesliga, Bayern Munich turut membuat siasatan dalaman ke atas pemain pertahanan kelahiran Maghribi, Noussair Mazraoui yang turut memberi sokongan menerusi media sosial kepada Palestin.

“Selepas memuat naik hantaran di media sosial peribadi Ahad lalu, pihak kelab terus menghubung Mazraoui dan akan berbincang dengannya selepas pulang tugasan antarabangsa nanti,” katanya. – AGENSI



Bundesliga: Mainz gantung El Ghazi kerana sokong Palestin

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button