Bomba selamatkan 81 mangsa banjir kilat termasuk bayi terperangkap di rumah

Bomba selamatkan 81 mangsa banjir kilat termasuk bayi terperangkap di rumah

Bomba selamatkan 81 mangsa banjir kilat termasuk bayi terperangkap di rumah
Anggota Bomba dan Penyelamat selamatkan mangsa banjir yang terperangkap di rumah di Kampung Paya Kenanga di Tebrau hari ini. – Foto Bomba

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor menyelamatkan seramai 81 mangsa banjir yang terperangkap di rumah di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini pada awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan antara jam 1.29 hingga jam 3 pagi.

Beliau berkata, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan seramai 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dan Kempas ke dua lokasi terjejas akibat banjir di Tebrau termasuk Taman Bunga Ros dan Kampung Paya Kenanga.



Beliau berkata, seramai 58 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mutiara, di sini.

Katanya, ia termasuk tiga wanita warga emas, dua bayi, 10 lelaki dewasa, 10 wanita dewasa dan 18 kanak-kanak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?




“Semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi tamat pada jam 7.45 pagi,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 17 mangsa banjir membabitkan dua keluarga di Jalan Kampung Sentosa Damai 8 pula dipindahkan ke Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru di sini.

Menurutnya, enam anggota daripada Balai Bomba Pasir Gudang dengan sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 awal pagi hari ini.

“Mangsa termasuk seorang wanita warga emas, seorang lelaki dewasa, empat wanita dewasa, enam kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan dan seorang bayi dan operasi tamat pada jam 3.36 pagi,” katanya.



Beliau juga berkata, Bomba turut menyelamatkan enam mangsa banjir di Kampung Bukit Pulai di Pasir Gudang di sini pada jam 1 awal pagi dan dipindahkan ke sebuah PPS di Taman Pasir Putih di sini.

 

Bomba selamatkan 81 mangsa banjir kilat termasuk bayi terperangkap di rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading