Speedy Tigers ke Oman, Tigress ke Valencia

Speedy Tigers ke Oman, Tigress ke Valencia

Speedy Tigers ke Oman, Tigress ke Valencia
SKUAD hoki lelaki negara akan mengharungi aksi Kelayakan Olimpik di Muscat dari 15 hingga 21 Januari 2024 dalam misi memburu tiket ke Olimpik Paris 2024.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara sah akan bermain aksi Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman dari 15 hingga 21 Januari 2024 dalam misi memburu tiga tiket yang ditawarkan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengumumkan perkara itu sebentar tadi selepas berakhirnya kejohanan peringkat benua dengan Afrika Selatan menyambar slot sebagai juara Kelayakan Olimpik Afrika awal pagi tadi.

Menurut FIH, tujuh negara akan berentap dengan Speedy Tigers di Oman seperti Great Britain, Jerman, New Zealand, Pakistan, Kanada, Chile dan China.



“Lapan lagi pasukan akan bersaing di Valencia, Sepanyol iaitu Belgium, Sepanyol, Korea Selatan, Ireland, Jepun, Austria, Mesir dan Ukraine,” menurut FIH.

Speedy Tigers ke Oman, Tigress ke Valencia
FIH mengumumkan pasukan-pasukan lelaki yang akan menghadapi Kelayakan Olimpik bermula 13 Januari 2024. – FIH

Barisan pemain sebenarnya sudah menjangkakan beraksi di Oman berdasarkan ranking semasa iaitu No.12 dunia selepas jatuh dari No.10 dunia susulan keputusan pada Sukan Asia Hangzhou, China bulan lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ




“Kita sekarang jatuh ke ranking No.12 dunia. Memang ada kesan dari segi ranking sebab mereka (FIH) gunakan sistem ‘snake’ (pembahagian kumpulan Kelayakan Olimpik).

“Ranking 10 dan 11 akan duduk bersama, No.12 pula akan di sebelah sana. Kita teruskan sahaja dan berikan yang terbaik, tak boleh duduk atau tunggu sahaja.

“Kita dah mulakan latihan sejak minggu lepas. Kita juga akan ke New Zealand bulan ini untuk persiapan akhir ke Kelayakan Olimpik,” kata ketua jurulatih Speedy Tigers, A. Arul Selvaraj.

Speedy Tigers ke Oman, Tigress ke Valencia
FIH mengumumkan pasukan-pasukan wanita yang akan menghadapi Kelayakan Olimpik bermula 13 Januari 2024. – FIH

Sementara itu, Malaysian Tigress pula mengharungi Kelayakan Olimpik (Wanita) di Valencia bersama-sama Belgium, Great Britain, Sepanyol, Korea Selatan, Ireland, Kanada dan Ukraine.



Lapan lagi pasukan wanita yang akan berentap di Ranchi, India pula seperti tuan rumah, Jerman, New Zealand, Jepun, Chile, Amerika Syarikat, Itali dan Republik Czech. – KOSMO! ONLINE

Speedy Tigers ke Oman, Tigress ke Valencia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button