Penguat kuasa minta suapan RM30,000 direman 3 hari

Penguat kuasa minta suapan RM30,000 direman 3 hari

Penguat kuasa minta suapan RM30,000 direman 3 hari
Penguat kuasa minta suapan RM30,000 direman 3 hari

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengeluarkan perintah reman tiga hari terhadap seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta wang berjumlah kira-kira RM30,000 daripada pemilik syarikat sebagai balasan menutup kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tajaan penerbitan sebuah buletin.

Perintah reman bermula hari ini sehingga lusa (Khamis) dibenarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, pagi ini.

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan di sebuah kafe di Subang Jaya kira-kira jam 4 petang semalam.



Menurut sumber, suspek dipercayai menghubungi pemilik syarikat berkenaan pada Oktober lalu dan meminta wang bagi penerbitan buletin yang dilaksanakan oleh syarikat itu untuk sebuah jabatan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Penguat kuasa minta suapan RM30,000 direman 3 hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button