Warga emas maut kereta terbabas masuk parit

Warga emas maut kereta terbabas masuk parit

Warga emas maut kereta terbabas masuk parit
Keadaan kereta dipandu mangsa yang terjunam ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2-Jalan Air Putih 5, Kuantan. NSTP/Ihsan Polis Trafik Kuantan

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit sedalam kira-kira tujuh meter di persimpangan Jalan Air Putih 2-Jalan Air Putih 5, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Cheong Chee Seng, 64, berasal dari Kajang, Selangor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan, nahas berlaku pada jam 12.35 tengah malam membabitkan sebuah Perodua Myvi.



“Siasatan awal mendapati, mangsa dari arah Beserah menghala ke Semambu, di sini. Setiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Warga emas maut kereta terbabas masuk parit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button