Dijemput ajal ketika perjalanan bersolat Subuh di masjid

Dijemput ajal ketika perjalanan bersolat Subuh di masjid

Dijemput ajal ketika perjalanan bersolat Subuh di masjid
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terbabas ketika dalam perjalanan ke masjid pagi tadi.

PAPAR: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Kampung Kelatuan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun, yang menunggang motosikal jenis Modenas cedera parah di muka, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata mangsa menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Kampung Kelatuan menuju ke Masjid Kelatuan yang jarak hampir satu kilometer.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa tergelincir dan terbabas selepas melalui jambatan kayu.



“Mangsa melambung dan jatuh ke atas jalan raya dalam keadaan tertiarap.

“Akibat itu, mangsa parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Papar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ambo berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



Dijemput ajal ketika perjalanan bersolat Subuh di masjid




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading