Pemandu maut, lima cedera nahas kereta, lori

Pemandu maut, lima cedera nahas kereta, lori

Pemandu maut, lima cedera nahas kereta, lori
Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan pemandu kereta Mazda 3 yang tersepit dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 436.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Utara, hari ini. NSTP/IHSAN BOMBA

HULU SELANGOR: Seorang pemandu maut, manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan kereta dengan lori di Kilometer 436.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Utara di sini, pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Chin Kian Hong, 33, manakala lima mangsa yang cedera terdiri daripada empat warga asing dan seorang tempatan, berusia di antara 22 hingga 57 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.04 pagi.



Beliau berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Mazda 3 dan sebuah lori satu tan.

“Terdapat seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu. Anggota bomba kemudian bertindak memotong pintu kereta itu menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu Mazda 3 itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.



Pada masa sama katanya, lima mangsa dalam lori satu tan berjaya keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Empat mangsa mengalami luka manakala seorang lagi sakit di bahagian dada.

“Mangsa yang sakit di bahagian dada dibawa ke hospital dengan menggunakan kenderaan awam,” katanya.

Pemandu maut, lima cedera nahas kereta, lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button