Kanggaru tendang muka polis
Kanggaru tendang muka polis
Ottawa: Malang nasib seorang pegawai polis apabila wajahnya ditendang kanggaru ketika haiwan itu dibawa ke habitat baharu selepas melarikan diri daripada penjaganya.
Haiwan itu ditangkap pada Isnin di timur Toronto.
Penyelia dan ketua penjaga taman itu, Cameron Preyde, memberitahu CBC, kanggaru betina itu melompat ke atas penjaganya pada lewat Khamis lalu, sewaktu berhenti rehat di Zoo Oshawa dan Fun Farm di Ontario,
Video itu tular di media sosial pada Jumaat lalu menunjukkan kanggaru berkenaan berlari di sepanjang jalan di Oshawa, sebuah bandar di Tasik Ontario kira-kira 60 kilometer (km) di timur Toronto.
Menurut kakitangan, Sarjan Chris Boileau kepada CBC Toronto, pegawai yang membuat rondaan ternampak kanggaru itu kira-kira 3 pagi Isnin di kawasan luar bandar di utara Oshawa.
Mereka menghubungi penjaga kanggaru itu dan memegang ekornya, seperti yang diarahkan.
Kanggaru itu bertindak agresif dengan menendang muka salah seorang pegawai polis semasa ia ditangkap, kata Boileau.
“Ia sesuatu yang dia dan rakan setugasnya akan ingat sepanjang karier mereka,” katanya kepada CBC Toronto.
Kanggaru itu yang dalam perjalanan ke zoo di Quebec, menerima rawatan perubatan dan akan tinggal serta berehat di Zoo Oshawa untuk beberapa hari, kata Preyde.
“Kami akan menahannya di sini untuk sedikit masa lagi, biarkan dia berehat dan pastikannya selamat,” katanya.
​Kanggaru tendang muka polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO
- Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob
- Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :