100 gajah mati di Zimbabwe akibat kemarau

100 gajah mati di Zimbabwe akibat kemarau

100 gajah mati di Zimbabwe akibat kemarau
Seekor gajah yang mati akibat kemarau di Taman Negara Hwange. Foto Privilege Musvanhiri

Harare: Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah mati di Taman Negara Hwange di Zimbabwe akibat kemarau yang disebabkan oleh El Nino, kata kumpulan kebajikan dan pemuliharaan haiwan antarabangsa pada Isnin.

Menurut kenyataan Dana Antarabangsa bagi Kebajikan Haiwan (IFAW), El Nino berterusan mengakibatkan hujan lewat lima minggu di taman hidupan liar terbesar yang menempatkan kira-kira 45,000 gajah di Zimbabwe.

“Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah dilaporkan mati akibat kekurangan air,” katanya.



Organisasi itu berkata, sebanyak 104 telaga tiub berkuasa solar di taman itu tidak mampu memenuhi keperluan hidupan liar yang terpaksa berjalan jauh untuk mencari makanan dan air.

100 gajah mati di Zimbabwe akibat kemarau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button