Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?

Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten

Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?

Antara 5 orang menteri dari UMNO (tidak termasuk DS Zahid) yang ada dalam kabinet sebelum ini, 3 orang terlibat dengan pertukaran potfolio.

Azalina Othman Said dikekalkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang & Reformasi Institusi)

Tengku Zafrul pula dikekalkan sebagai menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).



DSU Mohamad Hasan (Tok Mat Hasan) ditukar dari Kementerian Pertahanan kepada Kementerian Luar Negeri.

Dr Zambry Kadir yang sebelum ini adalah Menteri Luar Negeri ditukar ke Kementerian Pendidikan Tinggi yang disandang oleh Khaled Nordin.

Manakala kekosongan jawatan Menteri Pertahanan yang ditinggalkan oleh Tok Mat Hasan kini digantikan oleh Khaled Nordin.

Keupayaan Tok Mat Hasan di kementerian baharu tidak diragui kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa sebagai ahli korperat sebelum menjadi ahli politik.



Tok Mat Hasan mungkin cuma perlu menukar pendekatan dari tokoh korperat kepada seorang ahli politik yang mewakili negara.

Ada juga teori yang mengatakan, selain dari menjadi Menteri Luar Negeri untuk Malaysia, Tok Mat Hasan juga diberi tanggungjawab untuk mendapatkan dana politik untuk parti dari luar negara.

Apakah Akan Ada Sinar Baharu Di Kementerian Pertahanan?

Yang menjadi persoalan sekarang, adalah kemampuan Khaled Nordin untuk menerajui Kementerian Pertahanan.

Apakah beliau mampu menggalas tanggungjawab itu dengan baik?



Lebih setahun Khaled Nordin menjadi Menteri Pendidikan Tinggi, beliau dilihat sebagai seorang menteri yang tidak kompeten.

Terdapat beberapa isu besar di kementerian beliau sehingga kini masih lagi gagal ditangani dengan baik.

Isu salah guna visa pelajar oleh warga negara asing sehingga kini masih belum ada penyelesaian yang tuntas.

Keluhan pelajar di IPTA dan IPTS atas yuran yang tinggi serta kos sara hidup yang tinggi juga masih gagal diselesaikan.



Kolaborasi antara KPT dan KPM atas rungutan pentadbiran IPTA dan IPTS mengenai mutu akademik pelajar baharu juga masih lagi gagal mencapai kata putus.

Ada beberapa isu panas yang perlu diberikan perhatian di Kementerian Pertahanan sedang menanti Khaled Nordin.

Antaranya isu LCS dan tuntutan pencenĀ  serta kebajikan pesara tentera oleh Veteran Angkatan Tentera.

Mampukah beliau menyelesaikannya dengan baik?



Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button