Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer…

Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer...

Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer…

Walau apa pun yang dikatakan oleh penulis upahan dan penyokong Perikatan Nasional, bagi penulis ketegasan SPRM menyiasat individu berpengaruh sepatutnya dipuji.

Bermula dari penyitaan Menara Ilham milik Daim Zainuddin dan keluarga beliau, SPRM dijangka akan menyiasat beberapa individu berpengaruh lagi.

SPRM sudah memberikan masa yang lebih dari cukup kepada Daim untuk mengisytiharkan sumber dana membina Menara Ilham yang bernilai lebih RM2 bilion.



Namun selepas diberikan 5 kali penangguhan atau 10 bulan, Daim terus enggan memberikan kerjasama.

Jadi, sudah sewajarnya SPRM menyita bangunan tersebut untuk memaksa Daim memberikan penjelasan dalam mahkamah.

Mesej kerjasama antara SPRM dan FBI Amerika dalam lawatan Pengarah FBI, Christopher Wray, gagal dibaca oleh Daim.

Lebih menarik lagi, siasatan terhadap Menara Ilham dijangka akan membongkar lebih banyak salah guna kuasa dan rasuah yang pernah berlaku.



Penyelewengan Dana Iklan: Nama Siapa Akan Naik, Tan Sri Atau Datuk Seri?

Turut berada dalam radar SPRM sekarang ini adalah kes penyelewengan dana kerajaan untuk tujuan pengiklanan.

Kes ini didakwa melibatkan bekas perdana menteri sebelum ini.

Ramai yang mengatakan bekas perdana menteri tersebut sama ada Muhyiddin Yasin atau pun Ismail Sabri.

Manakala pegawai khas yang pernah berkhidmat dengan kedua-dua mereka dikatakan sama ada Nazimah atau pun Dr Marzukhi.



SPRM juga dilaporkan akan menyiasat kekayaan luarbiasa ahli keluarga bekas perdana menteri.

Sekiranya maklumat yang diterima benar, pada pendapat penulis, ianya melibatkan ahli keluarga Muhyiddin berbanding Ismail Sabri.

Keluarga Muhyiddin banyak melibatkan diri dalam ‘perniagaan’ berbanding keluarga Ismail Sabri.

Mungkin ada sesuatu yang selama ini disembunyikan di sebalik ‘perniagaan’ ahli keluarga Muhyiddin.



Sama-sama kita tunggu perkembangan rasmi dari SPRM.

Siapa Pula Ahli Politik Dari Pantai Timur Yang Di Maksudkan?

Satu lagi kes yang sedang disiasat oleh SPRM adalah di bawah AMLATFPUAA 2001 dan Akta SPRM 2009.

Dikhabarkan kes ini melibatkan seorang ahli parlimen dari Pantai Timur.

Ada yang meramalkan ianya adalah Annuar Musa yang pernah dikaitkan dengan Menara Kuala Lumpur.



Ada pula yang berkata, Annuar Musa bukan lagi ahli parlimen.

Yang dimaksudkan ahli parlimen dari pantai timur adalah ahli parlimen yang berasal dari pantai timur.

Pelbagai kemungkinan ada.

Mungkin Radzi Jidin, mungkin juga Dr Samsuri kerana sekarang ini beliau adalah ahli parlimen.



Juga tidak mustahil Hadi Awang.

Apa pun jangan buat apa-apa spekulasi sehingga mendapat kenyataan rasmi dari SPRM.

Kes Menyalahgunakan Dana Petronas

Kalau kes salah guna dana Petronas untuk selamatkan perniagaan anak, rasanya tidak perlu diberi penerangan panjang-panjang.

Rasanya kalau tanya budak tadika pun, pasti mereka dapat berikan jawapan yang tepat.

Bukan soalan KBAT pun…

Siapa yang makan cili, pasti akan terasa pedas.

Beratur sopan-sopan di kaunter nombor SPRM, jangan berebut yer, jangan bimbang, kali ini semua akan dapat nombor giliran…

Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button