Ucapan Tahun Baru Azam Baki Buat Gang Atok Demam Kepialu

Ucapan Tahun Baru Azam Baki Buat Gang Atok Demam Kepialu

Ucapan Tahun Baru Azam Baki Buat Gang Atok Demam Kepialu

Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Tahu Baru 2024 kepada semua.

Sebaik sahaja tahun 2023 melabuhkan tirainya, ini bermaksud umur kita sudah semakin pendek selama satu tahun.

Dari sudut politik pula, kedatangan tahun 2024 telah memberitahu kita bahawa usia Kerajaan Perpaduan telah menjangkau lebih dari satu tahun.



Tahun 2023 dilalui dengan pelbagai janji oleh perdana menteri untuk mengejar perompak negara yang selama ini bermaharajalela hingga ke lubang cacing.

Ramai yang tersenyum sinis dan menyindir Anwar Ibrahim dengan iltizam yang beliau berikan.

Tetapi apabila seorang demi seorang yang satu masa dahulu pernah berkuasa disiasat SPRM dan didakwa di mahkamah, suara sindiran sudah semakin kurang.

Ramai yang mula akui janji dan iltizam yang diberikan Anwar akan beliau kotakan dengan apa cara sekali pun.



Paling menarik, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama ini telah berlaku di awal tahun baru 2024.

Belum pernah seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM membuat ucapan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia.

 

Tetapi Azam Baki membuat ucapan tahun baru dengan beberapa mesej yang cukup tegas dan jelas kepada semua.



Beliau menyatakan iltizam untuk terus menjalankan amanah membenteras rasuah tanpa mengira kedudukan atau pun pangkat.

Beliau mahu setiap warga SPRM melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi ‘without fear or favour’ untuk mengangkat integriti SPRM.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita menyambut baik ketegasan yang dizahirkan dalam ucapan tahun baru Azam Baki.

Cuma dilaporkan, ada beberapa pihak yang mula rasa seram sejuk dan sedang menghitung hari dengan penuh debaran.



Mereka tertanya-tanya, selepas ini giliran siapakah yang akan dipanggil dan disiasat oleh SPRM.

Bagi mereka, kalau yang berpengaruh seperti Daim juga sudah diambil tindakan, tidak mungkin mereka akan terlepas.

Apa lagi Langkah Dubai kini sudah gagal.

Semakin kuat demam mereka dan katanya ada yang telah dijangkiti demam kepialu.



Nasihat penulis, cepat-cepat makan ubat, jangan dibiarkan, bahaya tu.

 

Ucapan Tahun Baru Azam Baki Buat Gang Atok Demam Kepialu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading