Perangai Pelik Tapi Benar Pengundi PAS Di Kelantan

Perangai Pelik Tapi Benar Pengundi PAS Di Kelantan

Perangai Pelik Tapi Benar Pengundi PAS Di Kelantan

Dalam Pilihanraya Umum ke 15, parti PAS menyapu bersih kesemua 14 parlimen yang dipertandingkan.

Manakala dalam Pilihanraya Negeri Kelantan 2023 pula, PAS menguasai 43 dari 45 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Keputusan kedua-dua pilihanraya di peringkat parlimen dan dewan undangan negeri memberikan mesej yang cukup jelas bagaimana ‘sayangnya’ rakyat Kelantan kepada PAS.



Tetapi rupa-rupanya ‘kasih sayang’ rakyat Kelantan kepada PAS tidak diiringi dengan kepercayaan mereka kepada pemimpin PAS Kelantan.

Ini bukan tuduhan atau penulis membuat fitnah kepada rakyat dan pemimpin PAS Kelantan.

Tetapi ianya berdasarkan sikap rakyat Kelantan terhadap pemimpin PAS Kelantan yang mereka sendiri berikan mandat dalam pilihanraya.

28 Disember 2023, Berita Harian melaporkan rakyat Kelantan mahu agar agihan wang bantuan ihsan banjir di pantau oleh kerajaan persekutuan!!!



“Pada awal tahun ini rumah saya terkesan banjir dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) namun nama saya tercicir daripada bantuan RM1,000”.

“Sejak November hingga bulan ini pula tiga kali keluarga saya terpaksa berpindah ke PPS”.

“Justeru saya berharap agensi kerajaan persekutuan perlu main peranan lebih baik dan pantau supaya ia tidak berulang lagi,” tegas Mohd Hirwan Rajiuo.

Penulis tertanya-tanya, apakah penduduk Kelantan meragui kejujuran kepimpinan PAS Kelantan dalam mengagihkan bantuan banjir?



Sekiranya benar, mengapakah mereka terus memberikan mandat kepada kepimpinan yang mereka sendiri ragui kejujurannya?

Adakah ianya kerana arahan yang terdapat dalam ‘kitab besar’ mereka?

Perangai Pelik Tapi Benar Pengundi PAS Di Kelantan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading