Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?

Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM

Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?

SPRM kini sedang menyiasat mereka tiga kes berprofil tinggi berasingan yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana.

Sumber memaklumkan, SPRM akan memanggil seorang bekas perdana menteri dan dua pembantu dalam siasatan ke atas tiga kes berasingan.

Dua pembantu itu dilaporkan pernah berkhidmat untuk dua perdana menteri.



Satu siasatan memfokuskan kekayaan didakwa dikumpul isteri dan anak seorang bekas pegawai tertinggi berjawatan Ketua Setiausaha kementerian.

Siasatan kedua pula dikaitkan dengan sebuah syarikat petroleum.

Manakala siasatan yang ketiga pula adalah berkaitan dengan wang dibelanjakan untuk tujuan pengiklanan.

“Tiga individu ini akan dipanggil dalam minggu ini,” menurut sumber.



Seorang ahli parlimen dari sebuah negeri Pantai Timur dan orang kanannya juga akan dipanggil SPRM.

Ia adalah unutk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Akta SPRM 2009.

Seorang daripada individu itu didakwa memberikan projek membabitkan dana awam kepada individu tertentu ketika beliau memimpin negara.

Siasatan ke atas tiga individu itu menyusul siasatan SPRM terhadap bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.



Untuk rekod, baru-baru ini, Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Noor Adam, telah membuat laporan polis berkaitan salah guna kuasa oleh Ismail Sabri di era beliau.

Namun, tidak dapat dipastikan, apakah siasatan yang akan dilakukan SPRM itu mempunyai kaitan dengan laporan polis oleh Lokman Adam.

Tahniah penulis ucapkan kepada pihak SPRM kerana bertindak tegas terhadap individu yang disyaki melakukan jenayah salah guna kuasa dan rasuah.

Penulis juga berharap, dengan adanya Peguam Negara yang baharu, tidak ada pendakwaan yang tertangguh atas kes yang mempunyai bukti yang kukuh.



Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button