Kenapa Daim Tidak Tersenarai Dalam Individu Terkaya Forbes Malaysia

Kenapa Daim Tidak Tersenarai Dalam Individu Terkaya Forbes Malaysia

Kenapa Daim Tidak Tersenarai Dalam Individu Terkaya Forbes Malaysia

Satu masa dahulu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, sangat dihormati.

Beliau terkenal dengan jolokan Daim yang diam kerana sifat beliau yang tidak suka bercakap banyak di khalayak ramai.

Daim dikenali sebagai seorang tokoh perniagaan Melayu yang sangat berjaya.



Dari keluarga yang sederhana, beliau telah muncul sebagai tokoh korperat yang sangat berjaya dan memiliki aset puluhan dan mungkin ratusan bilion ringgit.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia kejayaan Daim.

Tetapi segala perasaan hormat masyarakat bertukar menjadi marah dalam sekelip mata apabila tular kertas laporan Pandora Papers.

Kekayaan luarbiasa Daim menimbulkan persoalan yang besar.



Lebih menghairankan apabila di dalam Pandora Papers melaporkan, anak Daim telah memiliki syarikat BVI (British Virgin Island) ketika berumur 9 dan 12 tahun.

Bagaimana kanak-kanak hingusan sebegitu boleh dinamakan sebagai pemilik syarikat yang bernilai ratusan juta ringgit?

Lebih memusykilkan kita, kenapa nama Daim tidak tersenarai dalam individu terkaya di Forbes Malaysia?

Apakah ada tangan yang telah memadamkannya untuk mententeramkan perasaan rakyat Malaysia?



Mungkin itu antara punca mengapa laporan dari Pandora Papers menggamit minat SPRM untuk ‘bertanya khabar’ kepada Daim.

Sebenarnya, bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi dunia juga mahu tahu status ‘kebersihan’ harta Daim yang bernilai berbilion ringgit.

Adakah ianya dikumpul dari titik peluh Daim yang halal selama ini?

Atau ianya berpunca dari salah laku dan jenayah rasuah?



Tidak boleh ditolak kemugkinan ianya juga Daim perolehi selepas kedua-dua anak beliau menjadi teman permainan Ahmad Albab.

Jangan beri tekanan atau campurtangan kepada SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas Daim.

Berikan ruang dan peluang untuk SPRM bongkar hingga ke akar umbi status ‘kebersihan’ harta benda Daim yang diam.

Kalau setakat ditahan reman, tidur lokap SPRM semalam dua, bukanlah satu isu yang besar.



Rakan Ahmad Albab boleh menemani Daim kalau kesunyian.

Kenapa Daim Tidak Tersenarai Dalam Individu Terkaya Forbes Malaysia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button