Daim yang disiasat, mengapa Mahathir pula gelisah?

 

Oleh – Adam Malik


Daim yang disiasat, mengapa Mahathir pula gelisah?

 



Umpama cubit peha kanan peha kiri pun terasa sakit begitu lah perumpamaan kedudukan Tun Mahathir hari ini.

Tun Mahathir tersangat gusar dan goyah apabila “partner in crime” nya Tun Daim Zainudin disiasat oleh “Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia”.

Rentetan siasatan terhadap TDZ , Mahathir tidak dapat duduk diam seperti kes Bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhter Aziz dimana kes itu dapat disapu bawah karpet atas sebab dibawah kerajaan yang Tun Mahathir dapat kawal.

Mahathir sanggup menulis diblognya sindiran berkenaan siasatan SPRM dan kerajaan Anwar Ibrahim terhadap Tun Daim walaupun tidak memetik nama TDZ.

Apa yang sudah di sangka adalah pasti dakwaan terhadap TDZ nanti pasti juga akan terseret Tun Mahathir secara langsung kerana dipercayai TM turut terbabit.

Maka atas sebab itu TunM sangat gusar.

Beberapa kes selain siasatan terhadap TDZ yang akan seret Mahathir beri keterangan adalah kes saman oleh Tan sri Halim Saat terhadap TDZ.

Ini kerana kejadian antara Halim dan Daim berkenaan Renong-UEM berlaku ketika Tun M masih menjadi Perdana Menteri.



Mahathir dikira amat bernasib baik kerana kes RM700 juta yang berada dalam akaun suami Zeti Tawfiq Ayman di Singapura tidak dibuka buka lagi walau sudah sudah lama diserah ke pejabat AG .

Daim yang disiasat, mengapa Mahathir pula gelisah?

Apabila bangunan milik TDZ yang Menara Ilham yang bernilai RM2.7 billion disita oleh SPRM ia sudah cukup memberi persepsi buruk kepada TDZ dan Tun Mahathir.

Tun M dan TDZ tidak harus mengkritik atau protes kerana mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah lebih teruk dianiaya dan dizalimi sehingga dipenjarakan.



Daim yang disiasat, mengapa Mahathir pula gelisah?

Kini rakyat pasti amat teruja menunggu pendakwaan terhadap TDZ kerana jika benar tiada curian berbilion dan pengalihan wang rakyat secara sistematik di era Tun M menjadi PM maka buktikan sahaja di Mahkamah tanpa perlu laksana kerja sabotaj atau tebuk atap atau buat langkah-langkah Dubai atau sebagainya.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading