JDT atasi Bolton, Cardiff, Santos

Oleh – Syeikh Baran


JDT atasi Bolton, Cardiff, Santos
JDT kekal pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan berada di tangga ke-16 terbaik Asia.

Juara ‘double quadruple’, Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal pasukan nombor satu Asia Tenggara (ASEAN) berdasarkan data dikeluarkan laman Opta Power Ranking, Jumaat lalu.

Data terbaharu itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berada dalam kelompok 20 pasukan terbaik Asia apabila menghuni kedudukan ke-16 di benua ini.

Kedudukan itu mengatasi beberapa pasukan terkemuka seperti Urawa Reds (17), Nagoya Grampus (24), Cerezo Osaka (32) dan Central Coast Mariners (38).



Secara global, JDT menghuni kedudukan ke-319 dunia dan berada di hadapan pasukan seperti Bolton Wanderers (351), Cardiff City (353), Santos (375) dan Millwall (386).

Tidak ada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai 1,000 pasukan terbaik selain JDT dengan Selangor FC (SFC) berada pada kedudukan ke-1,486 diikuti Terengganu FC (TFC) di kedudukan 2001.

Pasukan terbaik dunia menjadi milik Manchester City diikuti Real Madrid dan Inter Milan melengkapkan tiga teratas.

Tiga pasukan terbaik di Asia ketika ini adalah Al-Hilal, Al-Nassr dan Kawasaki Frontale.



Sebagai rekod, laman analisis bola sepak ini menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button