Majlis kahwin bertukar gelanggang ‘wrestling’

Oleh – Syeikh Baran


Majlis kahwin bertukar gelanggang ‘wrestling’
Pergaduhan itu berlaku di bandar Lucknow. – Munsif Daily

Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan situasi pergaduhan ganas antara tetamu sebuah majlis perkahwinan yang berlaku di bandar Lucknow, India, lapor laman berita Ary News semalam.

Situasi bertukar kecoh apabila beberapa tetamu majlis perkahwinan itu bertumbuk dan membaling kerusi antara satu sama lain.



Tiga tetamu dilaporkan cedera di kepala dalam pergaduhan itu.

Keadaan dijangka menjadi lebih teruk sekiranya seorang wanita tidak menghentikan pergaduhan tersebut.

Polis tiba di lokasi kejadian dan membawa tetamu yang terlibat ke balai untuk siasatan lanjut. 

Bagaimanapun, tiada aduan mahupun tangkapan dibuat. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading