The Citizens hilang khidmat De Bruyne

The Citizens hilang khidmat De Bruyne

The Citizens hilang khidmat De Bruyne
DE BRUYNE (tengah) terlepas aksi suku akhir menentang Newcastle awal pagi esok kerana kecederaan pangkal paha. – AFP

MANCHESTER – Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne terlepas aksi suku akhir Piala FA menentang Newcastle United di Stadium Etihad awal pagi esok kerana masalah kecederaan pangkal paha.

Berita tersebut disahkan selepas nama perancang The Citizens itu tiada dalam senarai skuad Belgium menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Ireland dan England minggu depan.

Difahamkan, pengurus City, Pep Guardiola tidak panik de­ngan situasi itu memandangkan beliau mempunyai ramai lagi pemain yang boleh beraksi di posisi De Bruyne untuk aksi tersebut.



Malah, Guardiola sendiri pernah mengeluarkan De Bruyne pada minit ke-69 ketika seri 1-1 dengan Li­verpool hujung ming­gu lalu sehingga menimbulkan kemarahan bekas pemain Wolfsburg dan Chelsea itu.

Ini bermakna City bakal turun menentang The Magpies tanpa dua tonggak utama selepas penjaga gol No.1, Ederson juga terpaksa disisihkan kerana kece­deraan paha dan tempatnya bakal digantikan pilihan kedua, Stefan Ortega.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Salam RM5 @ 1USD Realiti Atau Ilusi?




Sementara itu, pemain tengah bertahan City, Rodri berkata, aksi Piala FA disusuli tempoh rehat seminggu bagi memberi laluan kepada saingan antarabangsa hadir pada waktu tepat sebelum turun bertemu Arsenal hujung bulan ini.

“Ia memberikan kami sedikit masa untuk memperbaiki apa-apa kekurangan dalam usaha kami menekan habis-habisan sehingga penghujung musim nanti. Kami perlu ‘cas bateri’ untuk menang baki semua perlawanan selepas ini,” katanya.

Aksi bertemu Arsenal yang kini menerajui carta Liga Perdana Inggeris (EPL) amat pen­ting buat City untuk menentukan sama ada mereka masih berpeluang memburu kejuaraan EPL musim ini. – AGENSI

The Citizens hilang khidmat De Bruyne

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button