Che Ta : 5 Hari Puasa Berat Dah Turun 1Kg [VIDEO]

Aaisyah Dhia Rana Susah Nak Makan

Che Ta : 5 Hari Puasa Berat Dah Turun 1Kg [VIDEO]

Che Ta : 5 Hari Puasa Berat Dah Turun 1Kg [VIDEO]
Che Ta : 5 Hari Puasa Berat Dah Turun 1Kg [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.



“Dia Suka Makan Nasi, Kicap & Telur Rebus”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 50 ribu, tanda suka sebanyak 1,114 dan sebanyak 31 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta memberitahu bahawa Aaisah hanya makan nasi dengan telur rebus sahaja semasa di bulan ramadan.

“Patutlah mak hang boleh beli banglo 800 tingkat, hang nak makan nasi, kicap dengan telur je ha”-kata Che Ta

‘Baru puasa 5 hari dah turun 1 kg budak ni, Aaisyah ni susah nak makan, ada hati nak diet plak tu adoiii tak paham laa budak ni. Sahur ka buka puasa ka ni ja dia makan”-tambah Che Ta



@rozitachewan1

Baqu ja puasa 5 haqi dh tuqun 1 kg budak ni .. aaisyah ni susah sgt nk makan, ada hati nk diet plk tu adoiiiii tk paham la budak niiiii😬 . Sahur ka bukak posa ka ni ja dia mkn Nasik , toyu dgn teloq qebuih .. . Hampa ada idea dak menu apa yg best utk bdk2 umoq aaisyah ni suka ? Tk tau nk masak apa kt budak ni nk bg dia mkn byk2.. cer share sat🥰 . #lipmatte #kaftancheta #rcwscarves #aaisyahdhiarana #sahur #fyp

♬ shik shak shok – cinq-sept

Rata-rata video berkenaan meraih perhatian netizen. Mereka juga mengatakan bahawa, makanan yang seimbang sangat diperlukan pada usia Aaisyah itu. Tambah mereka lagi, mereka juga mempunyai anak-anak yang susah untuk makan kerana kurang selera dan hal ini perlu diambil serious oleh ibu bapa.



Apa-apa pun, biasalah budak-budak pasti akan ada satu masa yang mereka memilih untuk makan makanan yang mereka suka. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Che Ta : 5 Hari Puasa Berat Dah Turun 1Kg [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Majlis Peguam mewakili siapa? atau Syok sendiri?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button