Fosil ikan lumba-lumba 16 juta tahun ditemukan di Peru
Fosil ikan lumba-lumba 16 juta tahun ditemukan di Peru
Lima: Saintis mendedahkan tengkorak fosil ikan lumba-lumba sungai berusia 16 juta tahun ditemukan menerusi penggalian di Peru dan pernah berenang di perairan Amazon, ialah ikan lumba-lumba Sungai Ganges di India.
Ahli Paleontologi, Rodolfo Salas berkata, fosil itu adalah milik ikan lumba-lumba terbesar yang diketahui pernah mendiami perairan Amerika Selatan, berukuran tiga hingga 3.5 meter panjang.
Katanya, ia dinamakan Pebanista yacuruna sempena Yacuruna, makhluk mitologi Peru yang hidup di dalam air.
“Ikan lumba-lumba yang ditemukan di Peru ini jauh ada kaitan dengan ikan lumba-lumba Sungai Ganges di India.
“Nenek moyang kedua-dua ikan lumba-lumba dahulunya tinggal di lautan.
“Ia menduduki ruang lautan yang besar berhampiran pantai India dan Amerika Selatan. Haiwan ini tinggal di persekitaran air tawar di Amazon dan India. Malangnya, ia pupus di Amazon, tetapi terselamat di India,” katanya.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Science Advances.
Saintis menemukan fosil itu semasa ekspedisi 2018 yang ditaja National Geographic Society di Sungai Napo.
Lembangan Sungai Amazon dan Sungai Orinoco masih menjadi rumah kepada spesies yang dikenali sebagai lumba-lumba Sungai Amazon juga dipanggil lumba-lumba sungai merah jambu atau boto.
Fosil ikan lumba-lumba 16 juta tahun ditemukan di Peru
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta
- Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?
- Kontroversi stoking, ada ‘tangan ghaib’ sengaja cetus provokasi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan