Akaun Facebook palsu di bawah nama AFFINBANK

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Affin Bank Berhad (“AFFINBANK” atau “the Bank”) ingin memaklumkan bahawa akaun Facebook “Affinbank- Smart” ialah sebuah akaun palsu dan tiada kaitan dengan AFFINBANK.

Pihak Bank ingin menegaskan bahawa tindakan yang sewajarnya bersama pihak berkuasa telah diambil dan ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada saluran komunikasi yang tidak rasmi.

Pelanggan digalakkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai AFFINBANK dengan melayari laman web rasmi dan akaun sosial media rasmi Bank yang tersenarai di bawah :

Laman Web – Affin Bank Berhad
Laman Web – Affin Islamic Bank Berhad Platform Perbankan Internet
Facebook – AffinMy
Instagram – @AffinMy
Twitter – @AffinMy



Untuk sebarang keraguan, sila hubungi Pusat Panggilan Bank di talian 03-8230 2222 atau e-mel ke [email protected].

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan di Rembau




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading