Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 PATI

Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 PATI

Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 PATI
Operasi Imigresen Perak di sekitar daerah Batu Gajah, semalam dengan 13 PATI ditahan. – Foto ihsan Imigresen

IPOH: Imigresen Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata semua yang ditahan berusia antara 20 sehingga 55 tahun dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, operasi bermula jam 9 pagi semalam hingga 2 pagi ini membabitkan lima premis makanan, sebuah hotel bajet, dua kedai serbaneka serta sebuah premis perindustrian.



Katanya, serbuan dilakukan hasil pemantauan dan risikan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Perak di semua lokasi berkenaan.

“Semua mereka terdiri lapan lelaki warga Bangladesh, enam lelaki dan empat wanita warga Indonesia, 10 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, empat lelaki dan seorang wanita warga China dan tiga lelaki warga India,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam operasi itu, seramai 20 pegawai Imigresen memeriksa 80 warga asing dan 35 orang tempatan.

Warga asing ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 kerana masuk dan berada di Malaysia tanpa pas sah, selain Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas dikeluarkan.



Mereka turut disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas dikeluarkan.

Semua warga asing itu dibawa ke Depoh Imigresen Ipoh untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 PATI

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button