Mayat reput cacah di lengan ditemukan terapung

Mayat reput cacah di lengan ditemukan terapung

Mayat reput cacah di lengan ditemukan terapung
Anggota polis mengangkat mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Sungai Linggi, Jalan Paroi- Senawang, petang tadi. – NSTP/AHMAD HASBI

SEREMBAN: Seorang warga emas yang menjala ikan di Sungai Linggi, Jalan Paroi-Senawang di sini, terkejut apabila mendapati objek terapung dilihatnya adalah mayat manusia.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa lelaki tidak berbaju dan tanpa identiti itu dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam lalu berdasarkan keadaan mayat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa adalah warga tempatan dan berusia dalam lingkungan 40-an.



“Seorang lelaki yang menjala di kawasan ini membuat laporan selepas mendakwa menemui mayat terapung.

“Pasukan forensik yang bergegas ke lokasi mendapati mayat sudah mereput dan berbau.

“Berdasarkan keadaannya, lelaki ini dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam lalu. Mayat ditemui tanpa baju, tanpa dokumen dan hanya berseluar jeans,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai cacah pada lengan tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana mayat sudah mereput.



“Mayat mangsa dipercayai hanyut dari hulu sungai dan belum dapat dipastikan jika ada kesan kecederaan pada mayat.

“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat.

“Mungkin masa memancing dan terjatuh lalu hanyut. Saya meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga tampil ke balai polis untuk memberikan maklumat,” katanya.

Mayat reput cacah di lengan ditemukan terapung

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button