Kalau Anak Saya Bersalah, Ambil Tindakan Jangan Tunggu, Kalau Saya Bersalah, Jangan Terbulu Bulu
Kalau Anak Saya Bersalah, Ambil Tindakan Jangan Tunggu, Kalau Saya Bersalah, Jangan Terbulu Bulu
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, antara kelemahan di dalam pentadbiran beliau adalah kononnya beliau terlalu baik.
Malah beliau terlalu mudah meletakkan kepercayaan kepada semua orang.
“Memang, kelemahan saya dalam pentadbiran terlalu baik.”
“Semua orang saya beri kebebasan tetapi harus diingat tidak siapa kebal undang-undang termasuklah saya.”
“Salah seorang yang disiasat itu adalah anak saya.”
“Pagi (SPRM) datang, mereka geledah rumah saya (di Sungai Padang).”
“Kemudian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tempat saya asuh anak-anak dan kemudian bawa anak saya pergi untuk direman.”
“Dalam hal ini juga, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya terbuka di mana dalam ucapan sidang DUN.”
“Sebelum ini juga, saya ada katakan bahawa pejabat saya buka 25 jam sehari untuk pemeriksaan SPRM.”
“Kerana saya tidak mahu berlaku sebarang penyelewengan dan biarlah ia dalam keadaan bersih dari unsur tidak baik.”
“Saya difahamkan mereka (SPRM) sudah ke Kuala Perlis dan berkemungkinan akan ke tempat lain pula selepas ini, tak tahulah.”
“Tidak mengapa kita akan tetap membuka pintu kepada mereka (SPRM) dan diharapkan selepas ini tidak adalah lagi perkara ini terjadi lagi di negeri ini,” kata beliau.
Ironiknya, tidak lama selepas Mohd Shukri membuat kenyataan di DUN Perlis, pihak SPRM mengesahkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air.
Pemimpin tersebut disiasat kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya bagi projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta.
Di mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya.
Projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin tersebut dengan menggunakan beberapa lesen syarikat di bawah kawalannya.
Bagi penulis, berikan ruang yang secukupnya kepada SPRM untuk membuat siasatan.
Hukumlah anak saya kalau bersalah, tapi kalau saya yang bersalah, jangan terbulu-bulu.
Di Syorkan Untuk Anda:
- Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?
- Apa Perbezaan Antara Menantu Muhyiddin Dengan Menantu Hadi?
- Semua Pemimpin UMNO Wajib Selami Kenyataan Dari Presiden