Akhyar kembali beraksi minggu depan

Akhyar kembali beraksi minggu depan

Akhyar kembali beraksi minggu depan
AKHYAR (kiri) dan Safawi (kanan) antara dua muka baharu memperkuatkan TFC musim ini.

SKUAD Terengganu FC (TFC) menerima suntikan moral apabila pemain sayap, Akhyar Rashid yang menjadi mangsa samun dan pukul minggu lalu semakin pulih, sekali gus bakal kembali menyertai pasukan minggu depan.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, tonggak berusia 25 tahun itu yang terpaksa menerima enam jahitan akibat insiden terbabit kini sudah beransur pulih.

“Akhyar masih bercuti untuk memastikan beliau pulih sepenuhnya sekali gus bakal terlepas aksi pembukaan Liga Super bertemu Perak pada Sabtu ini.



“Beliau mengadu kesakitan pada bahagian kepalanya masih terasa. Cuti ini juga bertujuan memulihkan semangat dan emosinya yang masih terkejut dengan insiden berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner optimis Akhyar akan kembali turun menjalani sesi latihan pada minggu depan sekaligus memperkuatkan semula TFC bagi aksi kedua liga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




Tambah beliau, barisan kejurulatihan TFC akan membantu Akhyar yang juga pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan untuk mendapat kembali prestasi terbaik dengan segera.

“Akhyar merupakan tonggak pasukan bagi menghadapi saingan domestik dan Kejuaran Kelab ASEAN.

“Beliau adalah pilihan untuk berada dalam kesebelasan utama kerana kelibatnya mampu memperkemaskan jentera serangan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Steinbruckner memberitahu kekosongan Akhyar pada aksi sulung Liga Super menentang Perak akan diisi beberapa pemain seperti Norhakim Hassan dan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim.



Katanya, beliau juga lega moral anak-anak buahnya yang trauma dengan insiden menimpa Akhyar minggu lalu kini sudah semakin pulih menjelang sepak mula Liga Super.

Akhyar yang berasal dari Alor Setar, Kedah merupakan antara muka baharu skuad Sang Penyu musim ini selepas menyertai TFC secara pinjaman dari JDT bersama Safawi Rasid di bahagian serangan.

Dua pemain tersebut dijangka berada dalam perancangan jurulatih negara, Kim Pan-gon untuk baki aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Kyrgyztan dan Taiwan pada bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Akhyar kembali beraksi minggu depan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button