Agrobank lancar program kolaborasi strategik dengan KPMAgrobank pupuk minat komuniti neurodiversiti

Agrobank lancar program kolaborasi strategik dengan KPMAgrobank pupuk minat komuniti neurodiversiti

Agrobank lancar program kolaborasi strategik dengan KPMAgrobank pupuk minat komuniti neurodiversiti
PAAA menyasarkan pembabitan pelajar daripada 10 sekolah PMVA Akuakultur dan PPKI seluruh negara

Kuala Lumpur: Agrobank terus memperkasa komuniti pelajar neurodiversiti apabila melancarkan Program Agrobank Aquaculture Aspire (PAAA) iaitu kolaborasi strategiknya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program itu menyasarkan pembabitan pelajar daripada 10 sekolah Program Vokasional Menengah Atas (PMVA) Akuakultur dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di seluruh negara.

Katanya, program itu diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada kira-kira 100 pelajar neurodiversiti.



Menurutnya, ia juga menerap dan menyemai nilai perikanan dengan peruntukan sebanyak RM110,000 untuk program berkonsepkan pendidikan akuakultur.

“Agrobank berkolaborasi dengan syarikat pengeluar benih ikan air tawar tempatan, ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd (ARC) yang membekalkan benih ikan keli dan tilapia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi



 

“Justeru, sekolah yang terbabit akan dibekalkan set bioflok untuk pelaksanaan program ini.

“Syarikat pembekal akan memberikan bimbingan dan latihan dari segi penjagaan dan teknikal sistem bioflok di mana kebiasaannya ikan-ikan ini akan mengambil masa dua hingga bulan untuk tempoh matang, sebelum ia boleh dijadikan hasil jualan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, inisiatif itu dianjurkan selaras Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, yang mana Agrobank mempersiapkan generasi muda sebagai pelapis dalam mendepani cabaran industri agro dan pemangkin keterjaminan makanan negara.



Beliau berkata, teknologi bioflok ini amat signifikan dalam usaha kelestarian alam iaitu menerusi pengurangan pertukaran air bagi sistem ternakan, di samping meningkatkan kualiti air dengan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk pembenihan ikan.

Katanya, pemilihan spesies tilapia adalah kerana kesesuaiannya dengan iklim tempatan dan permintaan pasaran yang memberangsangkan.

Agrobank lancar program kolaborasi strategik dengan KPMAgrobank pupuk minat komuniti neurodiversiti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button