DIKEJI KETIKA FB LIVE – PASANGAN ‘DURIANKIMCHI’ BUAT LAPORAN POLIS
“I’m born to protect you, stay strong with me (saya dilahirkan untuk melindungi awak, terus kuat bersama saya),” demikianlah tulis Instafamous Ryzal Ibrahim yang menitipkan kata-kata semangat buat isterinya, Maryam Yu Nae selepas wanita tersebut meluahkan rasa sedih dikecam netizen ketika membuat live di Facebook.
Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim di laman sosial FB dan Instagram (IG)nya meminta agar Maryam tidak risau serta terus kuat.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut turut memberikan kata-kata semangat dan meminta pasangan yang terkenal dengan gelaran ‘duriankimchi’ itu mengabaikan komen negatif netizen.
Sementara itu menerusi tinjauan di IG Maryam, wanita berasal dari Korea Selatan itu turut mengucapkan terima kasih kepada warganet yang meberikan sokongan buat dirinya: “Terima kasih kepada yang suka tengok Maryam,” katanya.
Menerusi laporan media sebelum ini, pasangan Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan itu dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Ampang pada Jumaat lalu.
Klik untuk gambar besar
Laporan dibuat terhadap seorang warganet yang mengeluarkan komen berbaur negatif dan mengeji ketika sedang bersiaran secara langsung di FB pada 10 November lalu.
Susulan laporan polis tersebut, Ryzal memohon warganet menjaga tutur kata di media sosial supaya tidak menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang lain.
Ryzal juga sudah berbincang dan mendapatkan nasihat guaman dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut atau yang lain sekiranya keadaan memudaratkan.
Katanya disebabkan komen tersebut, Maryam sangat terkesan dan kelihatan sangat sedih sehingga tidak mahu makan dan bercakap selama beberapa jam.
Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia begitu bimbang dengan keadaan isterinya yang berusia 28 tahun itu kerana dia pernah mengalami masalah depresi sebelum ini.
“Maryam pernah mengalami depresi dan kemurungan sebelum ini semasa di Korea Selatan. Tak sangka pula bila kami pulang ke Malaysia, dia alami perkara yang sama akibat buli siber.
“Sebagai suami, saya bimbang dengan keadaan dia yang dilanda kemurungan. Dia bukan sahaja enggan bercakap dengan saya, malah tidak mahu makan selama beberapa jam.
“Jadi, saya risau keadaan kesihatannya dan tidak mahu ia bertambah buruk yang boleh menyebabkan masalah depresinya berulang,” tuturnya yang menetap di Korea Selatan bersama isteri tetapi pulang ke tanah air, baru-baru ini.
Wak Jeng sekeluarga hibur penonton dari ‘FB Live’