AZWAN ALI DISIASAT POLIS
“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Azwan dipanggil ke Pejabat USJT Bukit Aman bagi membantu siasatan hari ini,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Untuk makluman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak demikian bagi menjalankan siasatan terhadap pengacara Azwan Ali kerana dipercayai memperlekehkan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam rakaman video berdurasi 41 saat ditularkan pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari lalu.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” ujarnya dipetik sebagai berkata dan siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang memuat naik dan menularkan klip video berkenaan.
Sehubungan itu juga, PDRM menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara.
DAPAT JOB DENGAN DSV – AZWAN ALI TANYA PENDAPAT, NETIZEN MINTA TERIMA