Kesetiaan Akar Umbi Adalah Kekuatan UMNO
Kesetiaan akar umbi UMNO adalah kekuatan UMNO yang sebenarnya ketika UMNO berada dipuncak kuasa dan juga ketika UMNO berada didalam keadaan kritikal atau kalah, Kekuatan ini tidak dapat dinafikan lagi dan diwaktu pemimpin yang bukan berjiwa perjuangan melarikan diri dari UMNO yang sedang kesusahan.
Perlu diingatkan semula sebagaimana yang saya katakan dahulu, bahawa “Kajian Sikap Pemimpin disemua bahagian wajib dibuat, berbanding kajian sikap pemilih”-(rmf7-2013)
Marilah kita lihat sekarang, kecamukan nafsu dan melupakan asas perjuangan telah menular didalam diri dan perasaan penjawat sayap ini- Mereka lupa bahawa kedudukan dan pangkat mereka sandang merupakan satu amanah yang amat berat diatas jalan jalan perjuangan yang masih panjang.
Penjawat dalam UMNO ini mula menunjukkan taring masing masing didalam mengolah organisasi mengikut apa yang mereka percayai dengan kekuatan pengaruh kumpulan kumpulan tertentu. Sehingga ada yang sanggup mendesak presiden mengundurkan diri.
Mereka lupa bahawa didalam perjuangan pengorbanan dan tanpa imbuhan seharusnya dilakukan. Mampukah sayap sayap UMNO ini berkorban sehingga tahap demikian? Jawapannya TIDAK MAMPU!! mereka lebih mempertahankan jawatan, membina musuh baru, membina legasi masing masing, mereka ini sombong.
KITA tidak pasti apa sebenarnya matlamat segelintir orang masuk politik. Apa sebenarnya cita-cita mereka. Niat mereka? Orang politik yang masuk dulu dan sekarang apa bezanya?
Mereka yang sudah masuk lama dulu dan sudah nampak track record mereka, bolehlah kita katakan mereka itu benar-benar politikus atau ahli politik ataupun ahli politik totok atau juga dikenali sebagai political animal.
Saban hari saya menyaksikan bagaimana percaturan politik dijalankan untuk merebut kedudukkan dalam kerajaan sehingga sanggup menikam parti sendiri hanya kerana tidak menyokong dasar kerajaan PN.
Bukan itu sahaja, disini juga berlakunya pelbagai karenah daripada banyak pihak didalam UMNO itu sendiri, Sikap mementingkan diri, sikap tamak haloba dengan jawatan, kuasa telah menjurus ke arah sikap yang tidak bermoral dan menyusahkan orang lain.
Strategi-strategi yang tidak bermoral keatas rakan seperjuangan mereka sendiri kerana kuasa dan jawatan. Apakah ini dikatakan demokrasi didalam politik?
Perlu diingatkan semula sebagaimana yang saya katakan dahulu, bahawa “Kajian Sikap Pemimpin disemua bahagian wajib dibuat, berbanding kajian sikap pemilih” penolakan pengundi terhadap pemimpin atau parti adalah disebabkan oleh sikap pemimpin.
Sehingga kini pelbagai usaha dijalankan oleh presiden UMNO untuk meyedarkan bahawa kepentingan parti diwajibkan menjadi asas perjuangan. Kesedaran ini seharusnya ada pada diri setiap pemimpin.
Tetapi semua saranan yang di laungkan oleh Presiden itu hanya lah seumpama burung berbunyi sahaja. Malah tentangan dilakukan secara terangan disamping ada yang membuat fitnah terhadap presiden.
Pemimpin di peringkat bawahan masih lagi mengamalkan sikap berjawatan wasiat yang kan menjadi “harta Pusaka” kepada mereka. Jawatan tersebut tidak boleh “Dipindahmilik” kepada orang lain dengan apa cara sekali pun.
Sikap sombong , Tamak , Haloba dan kerakusan untuk memegang jawatan sampai ke “liang Lahad” seakan telah bersemadi bersama kain kafan mereka. Sikap ini seharusnya diubah segera sebelum kita berhadapan kesukaran pada PRU 15 nanti.
Susulan daripada itu sikap mereka ini telah banyak menimbulkan perpecahan yang amat ketara didalam parti. Tetapi apakah mereka merasai kerugian bila mana parti keramat ini menjunam jatuh akibat sikap mereka yang bernafsukan harta untuk dikumpulkan didalam parti.
Dikalangan pemimpin umno sendiri diperingkat bawahan sanggup melakukan perkara perkara yang tidak seharusnya dilakukan untuk mengkhianati parti. Isu projek, jawatan dan calun sebelum ini telah menunjukkan sikap sebenar yang ada didalam diri mereka,
Mereka ini sanggup melakukan pengkhianatan dengan melakukan pemulauan dan menikam ahli umno yang lain. Apakah ini dinamankan perjuangan?
Pada masa sama, Umno perlu dilihat sebagai parti yang menghargai modal keintelektualan , budaya cantas mencantas dan sekat menyekat yang sudah menjadi penyakit dalam Umno harus dibuang sama sekali.
Tindakan ini akan menyebabkan ada yang tidak diberi tempat dalam kepemimpinan hingga mereka menyertai parti lain dan setengah daripada itu telah dibuang dari pekerjaan, di tukarkan, apakah ini budaya membela bangsa didalam UMNO yang harus disimpan lagi.
Apakah tindakan para balaci ini, akan menjurus kepada arah kemenangan parti, Jawapannya Tidak, sebaliknya mereka lah yang bakal menghancurkan parti. Seharusnya sekarang, UMNO sudah mengenal pasti siapa diantara mereka ini penyokong dan juga pengambil kesempatan.
Saban kali ucapan yang terhabur dimulut mereka mengatakan UMNO perlu bersatu, bersetuju dan akur pada keputusan parti. Namun sebilangan dari penjawatan dalam UMNO masih lagi tidak berubah laku.
Nafsu serakah mereka yang tidak pernah cukup dengan apa yang mereka nikmati sehingga mereka lupa bahawa rakyat lain juga berhak untuk memilih dan bersetuju dengan apa yang dicadangkan.
Rakyat telah lama melihat, rakyat telah lama sedar tetapi “Pemimpin yang tidak sedarkan diri” ini masih lagi mengamalkan political animal yang tidak kenal erti kawan dan lawan. Kepentingan diri , kesombongan mereka telah diserlahkan dengan nasihat nasihat yang cukup ampuh daripada balaci dan parasit didalam parti yang sama aliran untuk mengumpul kan harta didalam politik.
Mereka ini lah yang merosakkan parti. Apabila sikap mereka ini ditegur secara terangan mereka melakukan ugutan terhadap parti- Apakah manusia sebegini kita mahu kekalkan lagi didalam parti.
Presiden sentiasa diugut , diancam oleh pemimpin parti sendiri yang bermotifkan kemewahan tanpa mempedulikan kepentingan parti. Mereka ini sanggup membunuh karier sahabat sendiri asalakan niat dan matlamat mereka tercapai.
Mereka sanggup membunuh parti dengan sikap kepentingan diri mereka. Perangai mereka saling tak tumpah seperti Mahathir yang gilakan kuasa dan jawatan serta kekayaan.
Kini rakyat teh mula menilai dan sedar tentang hakikat ini. Rakyat sudah mula menolak pemimpin yang tamak, haloba, kepentingan diri, sombong bukan lagi mendapat tempat dihati rakyat. Ketamakan dalam jawatan dan lain lainnya adalah penyebab utama rakyat telah muak dengan pemimpin jenis ini.
Penasihat yang dilantik disekeliling pemimpin iani pada kebiasaannya terdiri daripada orang orang yang tidak mempunyai nilai nilai perjuangan yang jitu tetapi mempunyai perjuangan yang jitu terhadap peluang kekayaan dan penindasan terhadap orang lain.
Secara peribadi saya katakan bahawa ini lah kelompok manusia politik yang mengharapkan segalanya untuk mereka, jawatan, peluang, kekayaan, tanpa memberikan ruang tersebut kepada rakyat dibawah. Sokongan yang dilakukan ada harga yang seharusnya dibayar. Pemimpin ini MESTI “Di Hilangkan didalam arena politik: demi menyelamatkan parti keramat UMNO ini.
Didalam politik, akibat daripada ketamakan, haloba, dan kesombongan disamping menjadikan jawatan PUSAKA politik ini cukup untuk menghasilkan perpecahan dan banyak musuh politik didalam kelompok yang sama. Ini lah yang harus rakyat pikirkan dan tangani dengan hebatnya agar pemimpin yang sedemikian tidak ada dalam arena politik ditempat masing masing.
Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang terunggul di dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya pengundi, perwakilan di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab mengawal segala isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO.
Demi Melayu dan juga UMNO sewajarnya tanggungjawab ini dipikul oleh kepimpinan yang akan datang dan bukan dari kepimpinan sekarang yang sudah tiada berdaya untuk melangkah kehadapan
Kerajaan “Pusaka” atau berjawatan anak beranak ini mestilah dilenyapkan dari diari politik Malaysia sebagaimana yang disarankan hanya demi UMNO dan Melayu.
Saya ingin bertanya kepada semua pemimpin UMNO disemua peringkat, apakah saudara dan saudari masih sedar dan ingat apa yang telah dilafazkan diucapkan oleh DS Najib Razak pada tahun 2009?
Saya yakin dan percaya bahawa mungkin hampir keseluruhan daripada perwakilan tidak mahu mengingati semua itu, Jika ianya satu amanah maka seharusnya ianya telah diperjuangkan dengan seikhlas mungkin.
Sehingga kini kita masih lagi menunggu tindakan tindakan terbaik yang bakal dilakukan sebagaimana harapan DS Najib pada tahun 2009. Jika anda pemimpin UMNO tulen ..apakah saranan tersebut?
Jika barisan kepimpinan ini tidak mampu melakukan perubahan maka UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaruan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan.
Dan terimalah hukuman kehilangan kuasa dan identiti kepimpinan yang telah dipegang selama ini dengan redha dan kenang semula kesilapan yang dilakukan semasa berada dipuncak kuasa.
UMNO kini dilihat sebagai saekor ayam sabung yang patah taji, kelihatan gagah tapi masih mahu berjuang, kecederaan dalaman ayam sabung telah meyebabkankannya lemah. tidak bermaya dan terlalu banyak penyakit.
Ubati segera agar ayam sabung ini terus melagakkan gah nya digelanggang. Buang semua parasit diatas badan ayam tersebut- kalau tidak dibendung dan membarah,
“Besar Pasak dari Tiang, Besar Sendal Dari Gelegar” UMNO Putuskan Undi Percaya