Kluster ‘Kayangan’ Vs Kluster ‘Marhein’

Pertembungan 2 Kluster Jadi Perdebatan Netizen

Pertikaian pematuhan Prosedur Operasi Selaras (SOP) kembali menjadi tumpuan rakyat dan perdebatan mengenainya sedang berlaku di media sosial.



Sebagaimana semua maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini membuat lawatan kerja rasmi ke Indonesia. Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau perlu menjalani kuarantin wajib yang ditetapkan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan  samada PM menjalani prosedur kuarantin seperti yang ditetapkan atau mengikut kelonggaran yang diberikan Menteri Kesihatan.



Lebih menarik lagi apabila SOP dalam tempoh PKP (darurat) turut membataskan pertemuan, perjumpaan, majlis keraian dan sebagaimana digariskan Menteri Pertahanan merangkap Menteri Kanan perlu dipatuhi semua pihak.

Namun sebaliknya berlaku apabila seorang Menteri Kanan menaikmuat foto beliau. Pematuhan SOP dari penjarakan sosial yang langsung tidak diterapkan selain melanggar garispanduan PKP (darurat) yang ditetapkan.



Agak berbeza apabila rakyat dikenakan hukuman jika melanggar SOP PKP tetapi itu semua seolah tidak terpakai kepada Menteri. Bukankah ini sikap ‘Double Standard’ dalam menghukum rakyat?

“Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Itulah gambaran paling tepat apabila ada segelintir rakyat enggan mematuhi peraturan kerana ada pemimpin sendiri memberi contoh seolah mereka ‘Lebih Tinggi’ daripada peraturan dan hukuman.



Sampai masanya tindakan sama perlu dikenakan terhadap mana-mana ahli politik tanpa mengira pro-kerajaan atau pro-pembangkang dilaksanakan dengan tegas.

Mahu mendidik rakyat maka pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik sebagai teladan. Jangan dibeza-bezakan hukuman antara ‘Kayangan’ dan ‘Marhein’.

COVID-19: Malaysia Dibebani Lonjakan Kluster, Jumlah Kumulatif Hampir 200 Ribu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading