COVID-19: Malaysia Dibebani Lonjakan Kluster, Jumlah Kumulatif Hampir 200 Ribu

Seorang lelaki mengayuh basikal melintasi kedai yang ditutup operasi perniagaan ekoran tiada kehadiran pelanggan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pekan Kuala Pilah. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

29/01/2021 01:05 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) melakukan kerja-kerja saringan pensampelan COVID-19 secara pandu lalu di Hospital Mawar Medical Centre, Seremban. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA



Berikut adalah rangkuman mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 23 Jan hingga pukul 12:00 tgh 29 Jan 2021.

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia menghampiri 200 ribu. Di peringkat global, lebih 102 juta kes dilaporkan dengan lebih 2.2 juta kematian. Lebih 73 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) — Gelombang Ketiga pandemik COVID-19 yang membadai Malaysia sejak 20 September 2020 semakin mengganas dengan rekod kes kumulatif menghampiri 200,000 ribu.

Dengan kes harian baharu diumumkan pada Khamis 28 Januari sebanyak 4,094 kes, jumlah keseluruhan kes dalam negara kini sebanyak 198,208 kes.



Malaysia kini menanggung beban 43,192 kes aktif dengan kebolehjangkitan. Setakat semalam (28 Januari), terdapat 372 kluster aktif termasuk sembilan (9) kluster baharu.

c2b98beb414978955c6f7c4f4497993660139cd0142d7
Petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) melakukan kerja-kerja saringan pensampelan COVID-19 secara pandu lalu di Hospital Mawar Medical Centre, Seremban. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dua hari sebelum genap setahun koronavirus maut, COVID-19 membadai Malaysia pada 25 Januari 2020, negara mencatat kes harian baharu tertinggi iaitu 4,275 kes (23 Januari 2021). Jumlah tertinggi ini direkod selepas catatan 4,029 kes pada 16 Januari dan 4,008 kes pada 20 Januari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa jangkitan coronavirus 2019 (COVID-19) semalam (28 Januari 2021), daripada 4,094 kes baharu, sebanyak 4,086 adalah kes penularan dalam negara dan lapan (8) kes adalah kes import.

Daripada 4,086 kes itu, sebanyak 3,328 kes melibatkan warganegara (81.4 peratus) sementara 758 kes (18.6 peratus) melibatkan bukan warganegara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini membuat unjuran untuk tempoh 4 Januari-31 Mei 2021 iaitu kes harian antara 3,000 (minggu kedua Februari 2021), 5,000 kes sehari (minggu kedua April 2021) dan 8,000 sehari (minggu keempat Mei 2021).

Unjuran tersebut berdasarkan R naught (RO) 1.1. RO merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan wabak dalam masyarakat.

400eb770f769c2159989a5cfe2cd466560139cf6046ed
Seorang lelaki mengayuh basikal melintasi kedai yang ditutup operasi perniagaan ekoran tiada kehadiran pelanggan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pekan Kuala Pilah. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pada permulaan Gelombang ketiga (23 September 2020), Malaysia mencatat 147 kes baharu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 10,505 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 770 kes. Malaysia mula mencatat kes harian baharu empat angka pada 24 Oktober 2020 iaitu 1,228 kes, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 25,742 kes. Jumlah kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,966 kes.

Malaysia kini berada di tangga 55 (rangkuman mingguan 16 Jan-22 Jan di tangga 58) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19, memintas Costa Rica (192,637 kes), Ireland (192,645 kes) dan Denmark (197,208 kes). Berada di hadapan Malaysia adalah Tunisia dengan 204,3521 kes.

Negara China yang melaporkan kes awal koronavirus maut ini pada penghujung tahun 2019, di tangga 83 dengan 89,378 kes, sementara negara jiran Singapura di tangga 93 dengan 59,425 kes.

Untuk rekod, kes baharu harian sepanjang rangkuman mingguan (23 Jan-28 Jan) adalah 4,275 kes (23 Jan), 3,346 kes (24 Jan), 3,048 kes (25 Jan), 3,585 kes (26 Jan), 3,680 kes (27 Jan) dan 4,094 kes (28 Jan).

Malaysia masih berada di bawah Pengisytiharan Darurat bermula 12 Januari sehingga bulan Ogos 2021 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang kini meliputi seluruh negara kecuali Sarawak.

PKP2.0 dijadualkan berakhir pada 4 Februari depan.

Dr Noor Hisham Abdullah pada 14 Januari lalu berkata, usaha melandaikan lengkungan jangkitan COVID-19 dijangka menunjukkan hasil menjelang Mei atau Jun 2021, dengan sasaran kes baharu berlegar antara 500 hingga 1,000 kes sehari.

BEBAN KLUSTER TERUS MENINGKAT

06ff3b812b6f61093892cc5afc7edc7560139ce460bcd
Anggota bomba dan penyelamat negeri Johor Bahru dan pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakukan kerja-kerja sanitasi di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sehingga Khamis 28 Januari, KKM mengumumkan sebanyak 779 kluster termasuk sembilan (9) kluster baharu. Sebanyak 407 kluster diisytihar tamat sementara 372 kluster masih aktif dan dipantau.

Daripada jumlah itu, sebanyak 89 kluster mencatat pertambahan kes dan kluster dengan pertambahan tertinggi adalah Kluster Hentian (88 kes), Kluster Pasai (73 kes), Kluster Jalan Faizal (45 kes) dan Kluster Jalan Playar (45 kes).

Untuk rekod, jumlah kluster baharu sepanjang 23 Jan – 28 Jan adalah 11 kluster (23 Jan), 9 kluster (24 Jan), 13 kes (25 Jan), 7 kes (26 Jan), 17 kluster (27 Jan) dan 9 kluster (28 Jan).

Kluster Tempat Kerja (KTK) masih membelenggu negara pada setiap hari laporan perkembangan kes COVID-19 di negara ini, berikutan saringan yang dijalankan ke atas pekerja asing khususnya warga asing di kilang dan tapak binaan, yang bermula sejak 1 Disember 2020.

Secara perinciannya, daripada 11 kluster yang dilaporkan pada 23 Januari, lapan (8) adalah KTK; pada 24 Januari, lapan (8) daripada sembilan (9) kluster baharu adalah KTK; pada 25 Januari, lapan (8) daripada 13 kluster baharu adalah KTK; pada 26 Januari, tiga (3) daripada tujuh (7) kluster baharu adalah KTK; pada 27 Januari, 15 daripada 17 kluster baharu adalah KTK dan pada 28 Januari, lima (5) daripada sembilan (9) kluster baharu adalah KTK.

d628d3a06f67d3fc95618b0382dbc5ae60139d19f2c3d
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ketika melaksanakan tugas sekatan jalan raya di Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara KKM dalam laporan berasingan menyebut, terdapat 30 kluster rentas negeri bermula 7 Dis 2020 hingga 27 Jan 2021 yang melibatkan 3,231 kes positif. Negeri Kelantan merekodkan kluster rentas negeri tertinggi dengan 8 kluster, Pahang (7) dan Terengganu (5).

Antara KTK yang melaporkan kes positif yang banyak semasa ujian saringan dijalankan adalah Kluster Tapak Bina Bali Residence pada 23 Januari, melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka (204 kes) ; Kluster Jalan Sebelas pada 24 Januari, di daerah Hulu Langat di Selangor melibatkan pekerja kilang (83 kes); Kluster Parit Lanjut pada 27 Januari, melibatkan daerah Muar, Johor iaitu saringan bersasar pekerja kilang (547 kes positif daripada 1,451 yang disaring) dan Kluster Industri Grisek di Tangkak dan Muar, Johor, melibatkan saringan bersasar pekerja kilang (145 kes posiitf daripada 537 individu yang disaring).

Sementara kluster yang melibatkan pusat tahanan, Kluster Tembok Bukit Besi, di daerah Dungun, Terengganu mengesan 99 kes positif daripada 1,131 individu yang disaring sehingga 26 Januari.

PERINCIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA

Menurut laporan KKM untuk perincian 4,094 kes positif COVID-19 pada Khamis 28 Januari, Selangor kembali di tangga teratas dengan 1,577 kes. Daripada jumlah tersebut, 264 daripada kluster sedia ada termasuk 12 daripada Kluster Jalan Pakat (Kluster Komuniti) dan 998 kes daripada saringan kontak rapak kes positif COVID-19, tiga (3) kes import dan 312 kes daripada saringan lain COVID-19. Bilangan kes kumulatif di Selangor sebanyak 59,063 kes.

Johor yang pada Rabu 27 Januari menduduki tangga teratas (1,069 kes), semalam merekod 717 kes dan 170 daripadanya dari kluster sedia termasuk 99 kes daripada kluster baharu – Kluster Jalan Faizal, Kluster Jalan Satria, dan Kluster Jalan Dewani Satu. Ketiga-tiga kluster adalah Kluster Tempat Kerja (KTK).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan 57 kes daripada kluster sedia ada, 256 kes daripada saringan kontak rapat, empat (4) kes import dan 361 kes daripada saringan lain COVID-19.

Sabah 282 kes; Sarawak 171 kes termasuk satu kluster baharu, Kluster Indah Riang (Kluster Komuniti) dan satu (1) kes import; Pulau Pinang 99 kes; Perak 94 kes, Kedah 92 kes; Terengganu 80 kes; Melaka 73 kes dan satu kluster baharu, Kluster Jalan Kejora (Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi).

Pahang 72 kes dan dua kluster baharu, Kluster Industri Peramu Jaya (KTK) dan Kluster Kampung Kemansur (Kluster Komuniti); Wilayah Persekutuan Labuan 55 kes dan satu kluster baharu, Kluster Taman Mahkota Impian (KTK); Negeri Sembilan 48 kes; Kelantan 37 kes; Wilayah Persekutuan Putrajaya 10 kes sementara Perlis sembilan (9) kes.

Sementara itu, KKM melaporkan sehingga Khamis 28 Januari 2021, sebanyak 3,281 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 154,299 kes.

Kes sembuh sepanjang 23 Jan – 28 Jan adalah 4,313 kes (23 Jan), 4,427 kes (24 Jan), 3,638 kes (25 Jan), 4,076 (26 Jan), 1,858 kes (27 Jan) dan 3,281 kes (28 Jan).

Sementara itu, seramai 303 pesakit COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, dan 118 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Pada Rabu 27 Januari, seramai 314 orang diumumkan dirawat di Unit Rawatan Rapi, jumlah tertinggi setakat ini dan 122 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan semalam (28 Jan) iaitu tiga (3) kes, masing-masing di Selangor dan Sabah; dua (2) kes di WP Kuala Lumpur dan satu (1) kes, masing-masing di Kedah dan Sarawak. Jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 717 kes.

cc2ddd507bcccd9077613714f642b53260139d05ac739
Sebuah kedai perhiasan wanita tidak beroperasi setelah penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan ketika tinjauan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes kematian di WP Kuala Lumpurkan iaitu Kes 716 adalah pesakit lelaki warganegara berusia 22 tahun dan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras. Tiada sebarang catatan latar belakang perubatan dinyatakan. Satu lagi kes kematian, iaitu kes 717 dilaporkan di Selangor, seorang lelaki bukan warganegara berusia 32 tahun, juga tiada catatan latar belakang perubatan.

Namun kebanyakan kes pesakit yang meningal dunia akibat COVID-19 seperti dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai komplikasi kesihatan, sebahagian besarnya penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung.

Kes kematian sepanjang tempoh rangkuman adalah 7 kes (23 Jan), 11 kes (24 Jan), 11 kes (25 Jan), 11 kes (26 Jan), 7 kes (27 Jan) dan 10 kes (28 Jan).

STATISTIK GLOBAL COVID-19

d76806e8d62b629237608b99474b1ed36013976ebffca
Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. www.coronatracker.com

Angka keseluruhan kes global COVID-19 sudah mencapai 100 juta pada Rabu 27 Januari 2021. Angka ini melibatkan anggaran hampir 1.3 peratus penduduk dunia. Negara paling teruk dilanda pandemik ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia dan United Kingdom.

Setakat rangkuman mingguan (23 Jan – 29 Jan), kes COVID-19 global sebanyak 102,036,438 kes ( minggu lalu 98,180,233 kes ) dengan 2,200,957 kematian ( minggu lalu 2,102,588 kematian). Jumlah pesakit sembuh 73,869,221 (minggu lalu 70,584,013 ).

Terdapat 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Turki dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 26,338,607 kes (443,769 kematian), India 10,720,971 kes (154,047 kematian), Brazil 9,060,786 kes (221,676 kematian), Rusia 3,793,810 kes (71,651 kematian), United Kingdom 3,743,734 kes (103,126 kematian), Perancis 3,130,629 kes (74,800 kematian), Sepanyol 2,792,360 kes (57,806 kematian), Itali 2,515,507 kes (87,381 kematian), Turki 2,457,118 kes (25,605 kematian) dan Jerman 2,194,562 kes (56,220 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 83 dengan 89,378 kes (rangkuman minggu lalu 88,804 kes) dan angka kematian 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina turut menyertai senarai 81 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. Kenya negara terkini menyertai senarai ini dengan 100,422 kes.

Kes COVID-19 di Indonesia melepasi angka sejuta dengan catatan 1,037,993 kes (rangkuman minggu lalu 965,285 kes) dengan 29,331 kematian (minggu lalu 27,453 kematian), di tangga 19. Filipina di tangga 32 dengan 519,575 kes (minggu lalu 509,887 kes) dengan 10,552 kematian.

Myanmar minggu ini melaporkan 139,152 kes (minggu lalu 136,166 kes) dengan 3,103 kematian di tangga 71 sementara Singapura melaporkan sebanyak 59,425 kes (minggu lalu 59,250 kes) dan angka kematian kekal 29.

Thailand mencatat 16,221 kes (di tangga 120) berbanding 13,104 kes pada rangkuman minggu lalu dengan 76 kematian; Vietnam mencatat 1,651 kes (minggu lalu 1,546 kes) dan angka kematian kekal 35; Kampuchea mencatat 461 kes (minggu lalu 456 kes) dan masih sifar kematian.

Tiada perubahan kes COVID-19 di Brunei 141 kes (2 kematian) sementara kes COVID-19 di Laos meningkat kepada 44 kes dan sifar kematian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker